September 1, 2008

Ramadan Bulan Perjuangan Umat Islam :)


Ramadhan yang penuh keberkatan datang lagi, menawarkan kepada kita semua satu pakej bagi meningkatkan tekad jihad menegakkan haq dan memerangi batil bagi membuktikan kehidupan kita adalah hak dan kerana Allah semata-mata

“Bulan Ramadhan bulan yang didalamnya diturunkan Al qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil)” ( Al-Baqarah :185)

Daripada jihad melawan hawa nafsu, yang bersifat dalaman seorang insan, sehinggalah mobilisasi ketenteraan, Ramadhan terbukti menjadi bulan pergerakan roh dan fizikal umat dan perjuangan Islam.

Perbuatan membezakan yang haq dan batil, dengan meninggalkan apa yang dilarang dan melaksanakan segala suruhan Allah yang terkandung dalam falsafah puasa Ramadhan, telah diterjemahkan oleh umat terdahulu melalui tindakan.

Justeru terlalu banyak peristiwa dalam bulan Ramadhan yang berlaku dari dahulu sehingga zaman moden dalam usaha umat Islam menentang kezaliman.

Mereka telah membuktikan Ramadhan telah mentarbiyah mereka untuk mencapai tingkat tertinggi dalam mertabat Islam, berjuang dengan diri dan harta benda mereka sehingga ramai yang gugur syahid.

Ramadhan sepanjang zaman melakar pelbagai sejarah selain dari peristiwa Badar, pembukaan Kota Mekah, Operasi Tabuk, Dakwah Islam sampai ke Yaman dan lain-lain seperti yang sempat disenaraikan dibawah;




17 Ramadhan 2 H
Pada hari ini kaum muslimin dibawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berhasil mengalahkan pihak Musyrikin dalam perang Badar. Terhitung 70 mati dan 70 tertawan dari pihak kaum Musyrikin.

20 Ramadhan 8 H
Rosulullah SAW keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Anshor menuju Makkah untuk membebaskannya dari kemusrikan. Faktor keberangkatan beliau disebabkan penyerangan yang dilakukan kabilah Bani Bakar sekutu kaum Quraisy terhadap sekutu Rosulullah SAW kabilah Khuza'ah yang berarti pelanggaran terhadap perjanjian Hudaibiyah yang telah disepakati antara kaum Quraisy dengan Rosulullah SAW.

28 Ramadhan 92 H
HKisah kemenangan kaum muslimin pada hari ini dimulai dengan persiapan Musa bin Nashir dengan pasukan dari Arab dan Barbar yang jumlahnya mencapai 7 ribu tentara dibawah kepemimpinan Thoriq bin Ziyad untuk menaklukkan wilayah Andalus.

9 Ramadhan 222 H
Panglima Al Afsyiin salah satu panglima perang Khalifah Al Mu'tasim bin Harun Ar Rasyid menakluk kota Albadz, pusat pemerintahan pemberontak Babak Al Khurmi setelah berlaku pertempuran dan pengepungan selama dua tahun.

6 Ramadhan 223 H
Khalifah Al Mu'tasim mengepung kota 'Umuriyah' yang merupakan benteng pertahan terkuat kerajaan Baizantin di Asia kecil. Dan kemudian berjaya menakluki kota tersebut.

5 Ramadhan 362 H
Sultan Al Mu'iz Lidinillah Al fatimi memasuki negera Mesir setelah sebelumnya beliau mengirim pasukan sebanyak 100.000 tentara dibawah pimpinan panglima Jauhar Ash Shiqili.

1 Ramadhan 587 H
Salahuddin al-Ayubi menghancurkan ‘Asqolan dan menguasai pintu masuk menuju kota Al Quds. Sekarang kota 'Asqolan dikenali dengan nama kota Asduud di negara Palestin.

25 Ramadhan 658 H
Tentera Islam dibawah kesultanan Mamluki di al-Quds berjaya mengalah tentera Monggol (Tartar) dalam Perang Ain Jalut

14 Ramadhan 666 H
Kaum muslimin dibawah panglima perang Dhohir Bibris berjaya menakluki kota pemerintahan Anthokiah yang didirikan oleh Pangeran Wormandi Buwaihimund pada tahun 491

3 Ramadhan 825 H
Pada hari ini Sultan Murad II dari kekhalifahan Uthmaniyah mengepung kota Kontantinopel (Istanbul) dan berjaya membebaskan kota tersebut

19 Ramadhan 1213 H
Pada hari ini Napoleon Bonaparte beserta pasukannya melakukan serangan ke atas Mesir dikawasan Ghiza, usaha ini mengalami kegagalan sehingga pada tanggal 23 Ramadhan seluruh pasukan meninggalkan Mesir berundur ke wilayah Syam.

23 Ramadhan 1270 H
Rusia dibawah pimpinan Marsyal Bernes menghentikan kepungannya selama 35 hari terhadap Selestriya kerana mendapat tentangan yang kuat Khalifah Uthmaniyah, walaupun kekuatan tentera Rusia mencapai lebih 60 ribu orang tentara berhadapan 15 ribu tentara.

13 Ramadhan 1356 H
Pada tanggal 26 September 1937 M mujahidin Palestina membunuh pimpinan militer Andruz yang melakukan tindakan merugikan bagi pihak Palestina dengan merebut sebagian tanah di daerah Jalil 'Ulya untuk pihak Yahudi. Pihak Inggeris telah menangkap Syeikh Farhan Sa'dy teman Syeikh 'Izzuddin Al Qassam. Syeikh Farhan ketia itu berumur 80 tahun ditangkap dikediamannya dengan tuduhan melakukan pemberontakan. Mahkamah tentera memutuskan hukuman gantung terhadap beliau. Usaha pembelaan terhadap Syeikh Farhan gagal, akhirnya beliau meninggal dalam keadaan berpuasa.

10 Ramadhan 1393 H
Tentara Mesir mampu menembus terusan Suez dan menghancurkan benteng Berlif serta menghancurkan kekuatan tentara Israel. Manakala tentara Syria mampu membebaskan beberapa wilayahnya dari tangan Israel. Semboyan pasukan pada peperangan tersebut adalah Allahu Akbar ( Allah Maha Besar).

11 Ramadhan 1393 H
Terjadi serangan mendadak terhadap kekuatan Israel yang dilakukan oleh satu pasukan berani mati Palestina di Ramallah yang menyebabkan kerusakan dan kerugian dipihak Israel



selamat menyambut bulan Ramadan yg mulia ini . semoga kita semua dilimpahi dan dikurniakan 100000 kebaikan, amin :)

pembetulan : spelling kat atas tu RAMADHAN kan ? cikgu BM saye cakap spelling dia Ramadan bukan Ramadhan, hehe XP saye malas nak betulkan :)

No comments:

Post a Comment