Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

July 21, 2011

GAGAL SEKALI TAK BERMAKANA GAGAL SELAMANYA, PROVEN!!!

Assalamualaikum WBT :)

WEEEEHOOOOOOOP! :D :D :D 


Im very super duper excited like a baby monkeyyyyyy get his first bananaaaaaa woppps! :D WHYYYY the world that Sharmimi is being very hyper niii haaa? 





OK, bagi saya, Nur Sharmimi tell u olls ;) first of all, tengok tengokkkk title ni dulu please? keh keh kehhh. well yaaaaaah. pernah tak wujud dalam hidup korang ni korang failed something? Tak kiralah apa jenis fail sekalipun. Fail dalam exam? (Paling tak suka dalam dunia, rasa mcm bongok & tak belajar langsung kannn), fail dalam memikat hati si dia? mesti luka parah & frustrated kan tak dapat orang yang kita nak? Ok dah lari dari topik asal -__- 



Hari ini bertarikhkan 21 haribulan Julai tahun 2011 dalam sejarah dengan rasminya NUR SHARMIMI BINTI ABDUL RAZAK telah berjaya mendapat P nyaaaaaaa :D Alhamdulillah :) Glup Glupp, lambat? ada aku kesah? ada ke award siapa dapat P dulu dia dapat jongkong emas? so shaaadapp! Asal aku happy + excited + sumpah tak percaya aku dah lulus WOHOOO! 





Few hours before the driving test. *Muka penuh pengharapan.
Tuan / Puan JPJ yg murah hati lagi mahal budi pekertiii,
bagi lahh saya lulus eaaah?
Ok muka mintak penampar -__-


Masa tengok je paper sheet tu (or should I call it kertas? whatever) macam WOH aku lulus? rasa nak peluk je Pakcik JPJ kat situ jugakkk! ok gile. See, dah terbukti lahh orang cakap kalau once kita gagal, doesn't mean forever kita gagal kan (hancur badan, rosak bahasa!) 

YETTTT, i was shaked gila punye nenek shake tadiii! Masa turun bukit nak masuk side parking, i was talked to myself, ' Hoii kaki nak shake pun beragak laaaaahhh' hoho. seriously, shake dia taknak kalah wohh! Keluar je kereta Cikgu Metro yg tampan lagi kacak tunjuk sign good* teeheee :D So after this, byebye Metro Driving Academy, tak payah aku nak susah susah pergi kau lagi, muah muahh sayang Metro (erkkk). Cuak, tangan sejuk di tengah panas sementara nak tunggu turn memang tak nak kalah. dah try control diri tapi apakan daya, kecuakan menghantui diri. dah tarik nafas dalam dalam banyak kali dah, nak semput dah aku rasa but still.

A new DRIVER is on the road! bhahahahahak *gelak jahat. Anak itik tokwiiiii mari jalan jalan dengan mimi! lol.

Apa-apa pun, back to basic, back to everywhere you wish to turn back, semua rezeki Allah SWT yg bagi :) Alhamdulillah!


Ini muka Happy tahap cipanzi dapat tempoyak black pepper,
YAYYAYY aku lulus.
YAYAYY aku happy.
YAYYYAYY takyah gi Metro banyak-banyak kali.
YAAYYAYY boleh bawak kereta! :D






PS, rasa macam nak bubuh comment box balik lah? hmmmm, 





LETS PARTYYAHHHHHHH! :D :D


BYE BYE METRO KU SAYANG :)
SEMOGA KAU AMAN DISANA
AKU AMAN DISINI 
LEPAS NI AKU TAKPAYAH PERGI KAU LAGIII :P :P 


The two and only, my lovely parents.
Ayah & Mama.
I love you both to death! 
Im proud of having you both as my parents :)
And Angah & Adik as well, 
sayang korang tho segedik mana pun korangg <3
SIapalahh saya tanpa kalian LOVEEEE,
Mari kita meronggeng dengan driver baru! :D :D

kALAU BAB BAB KERETA, DRIVING NI SEMUA AKU SALUTE GILE THE ONLY ONE HUSNI AFIQ! ok, takyah nak capslock sangatlah kan kaaaan afiq. perghhh dia bawak macam nak bunuh anak orang tapi nasib aku hidup lagiiii :D Afiq selalu cakap, eleh korang baru dapat lesen? Aku dah berjanggut dahh, dah bosan dah weii bawak kereta. Aku cam nak errrrr je mamat sekor ni!

May 21, 2011

Semakin hari semakin sibuk




Mulai saat ini, atau pun seberakhirnya hari ini
, kehidupan seharian saya akan semakin sibuk sibuk sibuk dan terus menerus sibuk. Takde mase dah nak relax relax lebih. Mungkin tak dapat nak update blog selalu (semestinya dan bukan satu kemungkinan dah). So, saje je saye post entry ni sebab lepas ni memang susah nak update blog ke ape-ape dah. Bukan susah mungkin ade kekangan dari segi kelapangan masa

   Kenape?

kerana lepas ni saya akan maju bertapak tapak kehadapan dan menjadi lebih dewasa daripada biase. Alam dewase macam mane lah tu agaknya ye? Bhehe. Sebelum saya bagitau mesti dah ramai yg dapat agak or memang dah tau secare tepatnye alam dewasa jenis apakah yg bakal saya tempuh lepas ni. Tahniah, kepada mereka yg telah mengetahui walaupun kita tidak bersua muka. Hehe :D


Pictures can describe emotions.


Alam dewas yg saya maksudkan ialah alam universiti! WOHOOO, dah nak masuk U :) jangan excited sangat lah wahai cik mimie. Esok, bermulalah hidup saya sebagai seorang siswi UiTM Puncak Alam yg bakal mengikuti kursus Asasi Sains selama setahun :) Course yg bukan mudah untuk dihadapi ( bak kata orang orang) tapi insyaAllah saya akan cuba yg terbaik mengikut kemampuan dan kebolehan saya.

Facebook, malam ni memang lengang sangat. biasalah, semua orang dah sibuk dengan urusan masing-masing. dah sibuk dengan kehidupan universiti dan macam-macam lagi. Jangan cakap orang, esok giliran saya pula. Puncak Alammmmm, here I comeeee! :D

Esok register, belah petang saya punya turn. Emosi? jangan cakap lah. bercampur baur. teruja, senang hati, bersyukur, cuak, gabra, semua ada digaul dalam 1 bekas menjadi satu. Hidup memang macam roda. Kat sekolah, wahh aku lah senior, ok dah masuk U ni jadi lah junior balik --, 


PS // Esok daftar UiTM! Seraaaammmnyeeeee. Doakan saye berjaye! :D

May 20, 2011

EIGHTEEN :D



Assalamualaikum wbt :)
Seharusnya, entry ini saya postkan semalam, 19 Mei 2011. tiada kelapangan waktu, menguruskan macam-macam perkara. itu ini yg mesti disettlekan sgn kadar yg segera. lebih rapid dari Rapid KL (erkkkk)

Oficially, saye dah 18 tahun 1 hari pade hari ini, Alhamdulillah. banyak dah umur aku. 


dah besar dah anak kite, dah nak masuk U dah dieee.
Mi, lepas ni tak yaaah tengok wayang 18 sludup2 mi ;)
lepas ni boleh laah belanje kitoranggggg yee,
(okay ni saya tak faham ape kene mengena befday dengan belanja melanja nii) ^^ 
Back to 18 years ago ; lahirlaah seorang bayi perempuan yang comel (kot) beratnye 2.4kg pada jam 1.31 pagi di atas katil di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. *lepas tu ape tahh jadik tak tau, and di namakan bayi tersebut NUR SHARMIMI BINTI ABDUL RAZAK yang bermaksud ______ ( hehe cuba teka ape maksud name saye) :D


PHEWW PHEWW kecik kecikk punye laaaah ringan!
 -______________-

Praise to Allah :) Setiap yg ditentukan oleh Allah sangatlah unik dan mmg mempunyai hikmah yg tersendiri. Hari demi hari, umur semakin banyak saya mula semakin memahami apa itu kehidupan. well, memang lah umur setahun jagung, tak cukup umur nak pergi mengundi or what but everyday saya belajar banyak benda baru. Benda yg mmbuatkan saye lebih matang, lebih rasional, lebih open or kadang kadang mmg complicated! what a life;\ tapi hidup biase lah, kalau x de masalah mmg x yah hidup. bosan kalau xde banyak colour dlm hidup kite kan?

Untuk pertama kalinye saye ade kembar yg menyambut hari lahir yg same. maksud den, umur same lah. beforeni pernah gak ade org beday May 19, tapi tua 2 tahun! HAHAA. ASHIKIN FAUZI (???), wehhh kite same! rase macam baru seminggu je duduk dalam surau on 18 May. tunggu orang bacekan doa untuk kite. kite duduk seblah seblah aminkan doa. rase macam baru seminggu je kene simbah air dengan kawan kawan sekelas yg gile duluu, basah 1 badan. macam baru seminggu je Syatrah buat saye punye sarung cadar mcm kantung! cisss hahaha. memori memori.

Terime kasih yg tak terhingge kepade semuaaaa yg wish saye. Well, lagi2 yg sanggup berhabis kredit call (bajet gile aku) HAHA, bagi kad, bagi sms bday comel2, post kat wall FB, and yg wish face-to- face, and ade gak yg sudi buat entry bday kat blog masing2 THANK YOUU :) 



Semoga bday tahun ni menjadikan saya lebih matang, lebih pandai jage diri, lebih dekat kepade yg Pencipta, INSYAALLAH :)




THANKS FR THE CAKE,
SHIKIN, SYATRAH, MUN, NADHIRAH (:

Najihah (???) saye sayangg anda <3

May 12, 2011

Pengalaman Banyak Mengajar


Few days ago I went to Kota Melaka with my cousins :) 
On the way there one of my cousins suddenly asked me, ' Mi, bf orang mane?'
It was not i ashamed to tell them or what, 
its just ERRGGHHH dah takde soalan lain dalam dunia ke. 
tanye laah, lepas ni Mi study mane?
Ayah bagi apa hadiah SPM (Oh well, seems like aku dapat straight A+ kann) -___-

Naaaaah, let's talk about this L.O.V.E thingy.

pelik laah, orang duk berkasih sayang dekat facebook, put relationship dengan orang itu lah, next month orang lain laaah. You know, express feeling towards each other dekat public -__- ok ok, memang hak masing-masing lah its just not for me (: I don't express my feelings about love(towards other sex) on public, heh buat ape. and few of them are not my real friends and even i don't know  them very well. well, i had mum, aunts, uncles, cousins on facebook to put a gap between my love lifes. BUT HEH, i don't even have one right now :) seriously i didn't blame anyone but again, it is just not for me (:

I had only been a couple once. wehh, what past is past lah. And now i'm freely happily single! yawhhhhh, im didn't feel a pang of jealousy to the other girls (including my friends)  yg tengah berdua sekarang (: sebab sekarang bagi saye, still not the time nak bercintan cintun ni, nanti laaaaaah lame lagi. ade jodoh tak kemane (: what i learnt is, kawan dahh cukup :) tak salah nak rapat tapi ke arah perasaan ni belum terfikir lagi. 

''I guess its true what people say that you never forget your first''
hahh, ape ape laah. to me what past is past. memang lah kadang2 mmg tak dpt dinafikan.
but, life goes on.
aku BENCI bila bace 'habis madu sepah dibuang'
WTH.
bak kate ade satu kawan saye ni,
takkan lah nak merayu meh meh dekat kat aku balik.
and nak kene tunjuk ke kalau kite ingat kat orang tu ke?
again, it is not for me(:
biarlah memori ke kenangan ke simpan ketat ketat dalam ingatan.
i don't show my feelings to public , care aku appreciate orang ke tak perlu nak ditunjukkan. 
Alhamdulillah, bersyukur gile dengan hidup sekarang.
aku ada Dia :)
aku tau Dia sayang aku tho kadang kadang aku tau aku lalai menunaikan segale perintahnye.
tapi manusia mmg tak perfect and i need bimbingan dari semua.
He always there when i need someone to talk,
skandals?
HEH. ni lagi aku malas.
boleh merosakkan persahabatan antara 2 pihak, seriously.
to me, kawan kawan aje lahh dulu dengan semua.
and might be, ade lahh yg special one kan.
but,
takde laah sampai nak komitmen in a relationship tuuu,
belum lagi lah kepade hamba Allah yg bername SHARMIMI nii ;)
I promise myself to not cry over another guy, or another breakup, to not love so easily, not to be too cheap to any guys. hehh, typical? ^^

pade saye,
chillax laah, ade jodoh tak kemane.
umur belum cukup nak mengundi tak payah nak gatalgatal yeeee (ok ok, ni cakap kt diri sendiri sajeee)

PS, makan pizza agaiinn <3

My 10 Wishes :)

#1 sangat sangat berharap dekat mane aku sambung belajar, aku akan sentiase rajin & tabah & tak give up :D

#2 I wish i can have new handphone right now, murah pun takpe. im sick with this stupid phone ;|

#3 I wish i could eat as much as I want without gaining weight, -_______- I WISH!

#4 I wish to have more money, HUIHUHIHIIHIHIHIIUUII

#5 More clothes, shoes, HEH typical heh ;|

#6 Pass with flying colour on JPJ test, kehkehkeehhh, its on a veghy special dayy ;P

#7 Car. Where the fuel tank is always full. Without me spending a single penny phewwww phewwww :D

#8 Internet connection wherever i go ^_____^

#9 You, yes you understand what is inside my head right now -___-

#10 Kawin atas awan, HAHAHAHAHHAHAAAAAAAAA :)

Take a Book and READ (:


aA + bB?
kenape baru sekarang nak post pasal novel ni?
baru bace ke mi?
dengan muka tak malunye mengaku yg baru bace novel ni.
this is my very first time baca novel ni HAHAHAHA
kuno nyee kaau mieeeee  ,
ADA AKU KESAH? ;O

sejujurnya, saye bukan jening yg melayan novel novel jiwang ni sangat.
but but, 
HLOVATE is exception :)
novel die takde laaaah jiwang tahap rusting maxima! -___-
geli geleman pun ada time bace.
wopssss SORRY. takde niat nak mengutuk ape ape,
minat & pandangan org berbeza-beza kan,
and this is my opinion saje.
tak habis lagi bace novel yg mcm best je ni, 
tak sabr nak tau ending dia ape HAHAAA
lantak lah orang kate ketinggalan zaman ke ape ke,
sebab Hlovate dah ade 1 new novel kan :)
and karya Hlovate yg first saye bace ialah 5 TAHUN 5 BULAN.
haaaaaaah,
saje merah kan. saje je bold kan. saje enlarge kann :)
keh keh kehhhh, diam laaah kalau dah tau diam diam sajee maa ;D
HAHAHAHAHA.
what past is past (:


oklahh, nak habiskan novel ni duluuu!



DULU LAIN SEKARANG LAIN....



AWATT AWATT tajuk kontroversi sangat ke,
bajet,
tak langsung pun kan :)
woot woot bukan ape,
tak cakap pasal sesiape pun, atau ape ape keadaan jua.
cakap pasal diri sendiri,
minat terhadap blogging.

Dulu :
+ entry saye mesti panjang-panjang.
+ tulis berjela.
+ ade yg kagum, ade yang malas nak habiskan bace.
+ banyak idea sangat kot.
+ banyak cerita actually,
+banyak freetime.

Sekarang :
+ entry pendek-pendek & ringkas
+ nampak lebih matang,
+kadang2 emosi
+ simple :)
+ idea dah kontot, tak sekolah 5 bulan dah, memang la camni HAHAHA
+ takdak yg nak public sangat,
+ need more privacy 
+ BEE ZIIII

:D :D :D





bile laaah agaknyeee nak habis dengan kau ye Metro sayang?
kena pegi pagi pagi waktuu aku depan TV,
kena mandi awal awal pagi semata-mata nak pegi lawat kaau Metro sayangg.
HEH, neXt Thursday JPJ test!
Ya Allah, tolong laaah lulus :|
kalau fail, bile lagi nak buat.
22 dah masuk UITM, i have no other free timeeeee larrhhh -____-

CHILLAX, JPJ X MAKAN ORANG LAGIIII :)

April 6, 2011

PERTAMA & TERAKHIR LAH HARAP-HARAP ;P


Hari ni rutin macam biase lah. bangun pagi, siap-siap ke kerja. harini shiff pagi so kene lah bangun awal.

macam biase, sampai je tempat kerja terchentaaa (lah sangat) tuu team leader suruh buka kaunter.
dah kau cashier mi, takkan nak duduk office pulek. keh3


okaaay fine. pukul 11.15 am dah rehat.
YES! Break time laah mase yg paling syiooookkkk kalau kerja (:
ape lagii, cepat2 turn of lampu, keluar laju-laju.
makan. merayap. tido 5 minit ( tak puas langsung ).
sempat bace Avalon High jugak. novel pinjam adik.
biase lah adik beradik suka bace buku Meg Cabot ; kakak angkat kitorang HUAHAHAHA XD
lepas one hour je, masuk lah kerje balik.
Team Leader bagi suruh ganti Zue pulak, kat kaunter HBA.
memang x pernah jage kaunter tu before this. 
*memang macam teruje. sebab macam best je jage ubat-ubat, susu-susu mahal ni ;}
HEHEHEHEEEE. 
satu jam berlalu. OKAY Booleh tahan lagi laaah.
dah 3 jam! 
RASE NAK MATI. bosan teramat. mulalah merayap-rayap.
dgn harapan cepaaatlaaah sape-sape ganti aku dekat tempat yg bosan ni.
HEH, Abg Zali pulak datang suhh bukak kaunter depan, Sofea ganti pulak
YESSSSSSSSSS! kalau Tesco Extra tu Hj Abdul Razak punye,
memang Sharmimi dah melompat dahhhh!
WAKHAHAHAHHAHAHAHA.
siape suka buat kerja yg bosan? hanye orang yg bosan je suka jage kt kaunter HBA tu. 
dengan susu-susu mahal, ubat-ubat sakit otot bagaiii -_______-
memang tak dinafikan, Sharmimi suka ubat-ubat dan membelek ubat-ubat
TAPI BUKAN JAGE KAUNTER UBAT DEKAT TESCO EXTRA! :||||


kaunter Faveret saye, kalau dah nasib dapat kaunter pelik, mestilah kaunter 7 yipiiieeee,
KEH KEH KEH.


April 1, 2011

GADUH DENGAN KAU, MENGGEDIK DENGAN KAU (:



WEH GENDUT, BALIK CEPAAAATTTTTTT!

psssssst, don't judge a blogger by the title of their entry ;P *ape kau merepek mi? HAHAHAAA. takde laah, saye aku-kau dengan adik saye ke? ehem ehem, lupa nak kenalkan, yg di atas itu namanya NUR SYAHIRAH BINTI HJ ABDUL RAZAK. wehh, kenapa nama ayah sama weh? CIS, DAH ADIK AKU TAKKAN SAME BINTINYA DENGAN AYAH ANDA PULA? BHEHEHHEHEHEHEEE ;P berbalik kepada pokoknya, heh memang tak lahh saye and adik-adik saye aku-kau di dalam berbualan harian. nak kena setongkol dengan Ayah? HAHAHAHA. bukan apa, bagi kami itu kasar. WOOOOPS, maafkan saye kalau ade yg terasa. bagi family saye, tidak sesuai nak beraku-kau dengan adik adik & kakak kakak (: itu family kami, family orang lain punye saye hormati (: RILEKK sudahh, kazen kazen saye pun ade yg aku-kau dengan kakak abang mereka. heheeeee (: tetapi kami lebih selesa dipanggil name panggilan di dalam family, Along- Angah (: 

Angah, CEPAT BALIK RUMAH BOLEH TAAK? rindu? takde laaah sangat! *EGO!
bertepek kat sekolah tu lama-lama apesal. dah laa lama x call rumahhh ;|
esok Angah balik sebenarnya (: heeeee siap laah, nanti kitorang suh Ayah letak katil u kat luar ye ngah, hahahaha *evil me. bilik tu untuk kitorang dua sahaja nokhtah ;P









PS, ada orang cakap buat ape laah nak buang masa tulis blog semua. heh, to me biarlah ini interest kami, blogger. bukan apa, macam saye ni. saye rase sekarang saye busy. memang jarang hang dengan rakan-rakan sangat. busy kerja busy kelas. so, blog laah tempat saye update kegiatan saye walaupun bukan semuanya saye luahkan. my feelings, my thoughts boleh diluahkan disini (: sememangnya saye akui saye bukan blogger yg berjaya nak update blog hari-hari. nak tulis karya yg menarik-menarik. ayat power-power, gempak mempak tapi saye ade stail saye yg tersendiri. tak perlulah kite nak kutuk orang saje kaan tanpa mengenali orang itu dengan sebenarnya (:

March 29, 2011

IRAMA HIP HOP, 




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia! :D hehehehe. wawwww, lame gileee dah saye tak update blog ni. heh, busy laaah lately. biaselaah, wanita bekerjaya sekarang mana ada masa nak depan lappy sahaja seperti dahulu kala. ini pun sebab harini OFF DAY, YIPPPIIIEEEEEE :) barulah saye tahu dan sedar dan nikmati betapa bahagianya CUTI untuk orang yg bekerja. hehh, ingat kerja tu senang. happy dapat duit. tapiiiiii, penat gile tau tak nak cari duit ni. baru sedar selama ni macam mana Mama & Ayah cari duit besarkan saye dan adik-adik. memang laaah Ayah & Mama bukan kerja macam ape saye kerja *hahaha buat lawak apa Mama & Ayah kerja scan-scan barang :P kerja Mama & Ayah lagi penat kot, memang laah kerja dekat office tapi kena drive lagi, balik petang-petang. semata-mata nak besarkan kitorang bertiga. Sayang MAMA Sayang AYAH, LOVEEEE :)


Sebenarnyeeeee, saye nak cakap sekarang ni musim orang berblogging ke apa? SEBAB saye dah jumpaaa ramai kawan-kawan saye punya blog! im so happy sebab saye dapat follow mereka, cerita mereka & hidup mereka sekaligus. well, walaupun kau ni pemalas punya spesis nak update kan mi, at least dapat juga laah tau hal dunia orang lain. Rindu laah kawan-kawan. Rindu lah sekolah :((



Esok Kerja; Pagi. Selamat Bekerja Wanita BERKERJAYA! :P

March 17, 2011

Permulaan untuk diriku bukan dirimuu, (:





Eleh mi, kau lambat laah weyy. kitorang dah lame dah dapat. siap boleh pusing-pusing KL dah weyy.

Mimie lambat Mimie lambat. kau buat betul-betul taau. jangan fail pulak kang tah bila laah kau dapat merasa drive dengan cara sah.

Goodluck mimie, cepat-cepat dapat license, nanti bawak kitorang jalan-jalan okaaay.

Along, nanti boleh laah bawak adik jalan-jalan ehhhh.

Nanti senang laaah Mama dengan Ayah kalau ade emergency.



Okay okay cukup. dah dah laaah tu. FINE haha (: macam-macam laaah bisikan syaitan dan malaikat di telinga saye ni. LESEN MEMANDU. okaay, memang tak dapat dinafikan ramai dah rakan-rakan saya yg lain dah dapat lesen dah pun. dah boleh berbangga dengan P yg diterima. heh, boleh laah kau tak kena PLKN ♥. tapi takpe, saye tak kisah, PLKN sangat best so saye memang tak menyesal. alahh, lambat-lambat pun aku dapat jugak lesen tu nanti, insyaAllah (; *suara kecik di dalam hati berkata-kata. Biar lambat asal selamat kaaaan (:

hari selasa yg lepas, saye dah ikut ceramah KPP selama 5 jam tuu. heh, takdelah mengantuk mana. bukan apa, apa yg saye dengar before ni macam teruk sangat je ceramah KPP tu. ade lah kot rase nak melayang ke dunia yg lain tapi Sharmimi masih dapat diselamatkan lagi. cikgu yg bagi ceramah tu lawak so memang tak kering gusi laaah :D

Beep beep beep beep *bukan bunyi sebenar ; fon berbunyi laaah menandakan ade text masuk ;P okay, it's from DANISHA SORAYA. ohhh Darlingg, saye rinddduuu awak gilaaa tau takkk. Dan pun rupa-rupanya dekat driving school yg same dengan saye! cuma bezanye Dan dah test drive saye ni ha baru nak masuk ceramah KPP, ngehehehehehheee. agak terubat jugak rindu dekat girlfriend saye yg seorang ni lepas jumpe sekejap haritu dekat kantin. tak boleh lama, time tu memang lah nak nak balik, van yg dan naik dah sampai. saye pulak belum thumbprint lagi. aduhhh, memang tak puas jumpe Dan haritu. tapi still bersyukur kite dapat berjumpa walaupun hanya untuk seketika (:


so, saye bercadang nak ambik computer test tu next monday. alah, relax lah tak payah nak gelabah-gelabah ambik cepat2. dah laa takkk study ape-ape lagiii -________- come on lah mimie. ayah dah laaaaaah suruh kau dapat 50/50! HEH, mimpi tidur balik saye tak confident. Ayah Ayahhh ♥:)



June 11, 2010

SANGAT LAMA DAH :P

Assalamualaikum, hui hui :P memang lah lama sangat dah ni tak update blog. malas dan takde masa. yah, gandingan yang sangat ideal bukan? nak repeat lagi, malas dan takde masa! :D sekarang cuti sekolah, so obviously lah mimie. kalau tak takkan kau boleh online kan! cett, ni pun kejap kejap je ni. ade banyak benda yg nak kena buat daripada terpacak depan lap top ni kaan :)




sekarang sekarang ni WORLD CUP FEVER! haha. semua orang cakap pasal World Cup. saye pun dah terikut, tapi tahun ni takde mood World Cup sangat saye ni. entah lah, banyak benda lain nak kena fikir. cehh, bajet ape kau mimie, macam kena fikir masalah dunia jee? :P *lebih kurang lahh :P so, negare mane anda sokong ni? nak sokong negare Malaysia, tak masuk WC pulak. ehmmm, takpe2, MALAYSIA sentiase di hatii ;D


sokong lah mane - mane team yg berkenan di hati, nanti saye bagitau team saye sokong laah ye ;D kalau gol, jum jerit kuat kuat GOLLLLLLLLLLLLLLLL! sambil lompat lompat sampai patah kerusi ekk :P hahaha c:

May 23, 2010

WHAT A WONDERFUL DAYY :]


tadi keluar makan makan sikit. thanks to mama ayah angah and adik. plus sabrina :D hee. saye sayang korang semua, SUMPAH. i can't live in this wolrd w/o you people! ;) ape lah mimie ni, beday kau dah lame lepas. haha. mane boleh lupee wehh :P

okay, kembali ke dunia sebenar. EXAM EXAM. exam tak habis lagi maan. PPT is still ON! dah lah soalan JPS. besok(isnin) papr Pendidikan Islam :) selasa ADDMATH babyy. Rabu BIOand khamis PHYSICS, ayoyooo~ :P next monday lagi satu chemistryy <3>

Tadi tadi pagi pagi saye pegi lah library Shah Alam jap. study kt situ lagi best dari kat umah :P & jumpe sorang kawan baru, FIFA :) haha. thanks Fifa sebab temankan i time i kat situ so i takdelah bosan study sorang-sorangg :D she's nice & friendly. tibe tibe je kitorang boleh borak like cam dah lame kenal! ngee :D

esok balik sekolah sekolah sekolaaah :)

Sijil Pelajaran Malaysia 2010(:

May 21, 2010


still not too late to wish myself isn't it? A very Happy 17th BIRTHDAY Nur Sharmimi binti Hj Abdul Razak! :D


weeeet weeet. time ni kat sekolah, 19th May 2010. haritu exam englishh :D bangun je tido tengok ade card kat bawah bantal, eee comel jee :) kad tu dari classmates year 2009! thanks korang. sumpah terharuuu :) exam season ni memang saye bangun agak awal kot, around 4 am :) kadang kadang telajak skit :P saje nak revise before masuk hall :D tapi tidur kene sharp 11.30 pm laah! kalau tak payah nak bangun pagi :P selain dibantu oleh jam loceng saye sendiri, saye ade dorm-mate yg memang seangkatan dengan saye tidur awal bangun awal, eyqin :D thanks babe. sebab eyqin yg selalu kejutkan saye pagi pagi kalau dah jam loceng kejut saye tak bangun. die ade aura yg boleh buat orang terus menggelupur bangun kalau die kejut :P


depan, dalam, belakang handmade:)
nina yg buaat. ade 16 orang yg sign :D

♥ koranggg (:


tah dalam pukul berape tah lagi saye tak ingat, mase tu nak siap siap g sekolah lah rasenye. aik, ade lagi satu kad kat cermin loker :) satu lagi atas cermin loker :D dari NAJIHAH my guava & the other one from Syahirah Razak adik saye yg tergedik (: haha dorang comel bagi saye beday card. walaupun tengah busy exam semua, tapi dorang still ingat bday saye waahh so sweeet korang semua nii. pagi tu memang rase dunia ni ana yang punyaaa. haha. alah, biase lah tu beday girl mesti rase excited semacam dua macam sikit kaann :D

mase tu, bukan saye je bday tapi ade lagi 2 orang, Shikin & Famira(form 4), hehe. lepas habis paper english naik kelas. OMG, hahaha. sengal ade 1 jingle bells jingle bells. ceh syatrah punye keje, sumpah aku malu do time tu. hahaha kau memang lah syatrah nak kenekan orang je taaau! ;D macam macam saye ngan shikin kene haritu. ohh man, penat gile haritu. hahaha. tak boleh nak bace buku pun haritu, asyik kene prank haha :D btw had fun lahh bday kat KUSESS;)

Shikin, thanks fr the cute tee :D hee. comel lahh weyy ko pilih :) hmmm, kite memang satu kepale satu fikiran ehh? same colour kan present kite dua dua? :D excited time jumpe ko 1st time dulu sebab tau beday kite dua sameee (: tapi tak aci, shikin dapat beg malam prep, saye dapat esoknye, mane bolehhh!? ini tidak adil! :P dah lah pencil case, calculator sume takde. esoknye dah lah exam mathematics. gile apeee dorang yang ambik tuu. saye balik sekolah ke asrama dengan senang lenang dan berlenggang kangkung sebab takde ape nak bawak. cume 1 batang pencil dan buku SAHAJE. itupun pensil kayu yg Nadia pinjamkan. Ira cakap, nak ajar saye bersyukur katenyee :

ape ape punnn, THANKS to everybody :D hehe. thanks to Cikgu Najikhah gak sebab wish saye. hehe. time tu depan dewan before nak beratur nak masuk Dewan Prima untuk paper english pagi tuu :D
SWEETSEVENTEEN ♥

April 27, 2010

TUESDAY :)

saye dah siap karangan BM :)

so boleh lah, berfoya foya dengan internet jap :P

haaa, JUMAAT ni balik bebeh! :D
yippiieeeeee :)
kepade semua,
tunggu depan gate rumah saye ey :P
daa~

April 10, 2010

XOXOX
internet mereng sakit demam tak sihat. semuaa laahh GRR. tak boleh online selaluu. tak pelah, asalkn dpt on kejap ni pun jadik lahh :D
seminggu before balik ni memang tak best. seriously. tak tau kenape. monday lah permulaannye :( tapi takpelah, tak berlalu dah pun & now im at homeyy :D
done with the english oral test :) i got A for my oral test. fuhh, alhamdulillah >_*
PPT bulan depan babeh :) omG im so scared. adoi adoi. cuak lahh. xpe2, buat yg tbaik mimie.
SPM 2010! :D
ps, farah dah dapat blum bday card saye bagi? haha. ade postman tlg poskan :D
thanks ye postman HAHAHA :D
ko postman tebaikk weeyy :P

March 20, 2010

MASA TELAH TIBA...

balik sekolah mimie balik! dah seminggu cuti so sekarang mase untuk pulang ke pangkal jalan :D
so, lepas ni bermulalah balik rutin sebagai seorang pelajar berasrama penuh kembali ye mimie.

bangun pagi before 5.30 am :) yeah, untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di toilet :P

turun breakfast awal. ni pulak untuk elakkan perut berhip hop di dalam kelas :D
bersediaa untuk minum air yg super panas kat DM, kadang kadang sampai melecur lidah HAHA gelojoh sebenarnyee :P


mengantuk dalam kelas. ni kalau kelas bosan laah. tidur? ohh saye bukan jenis tidur dalam kelas. tapi TERtidur penah laaah :P :P

merepek dengan orang yang suke layan saye merepek HAHA :D mari merepek bersame, menarik bukan? D:

call rumah setiap petang kalau tak busy. gune public phone lah :P kalau busy, 3 hari sekali ke. depends lah jugak. seminggu sekali pun pernah. kau ni Mimie, ish ish ish.



turun riadah setiap petang. you wish! hahaha :D
percaye lahh korang Mimie turun riadah hari hari :P


yang paling pentingggggg! belajar, bace buku, buat homeworks :)
itulah tujuan utame saye ke sekolah :D
psst, tapi jgn ikut gambar di atas.
kurang ajar namenye main pijak-pijak buku,
huhhhh.
ilmu takleh letak kat bawah, kat atas je boleh :)


semoge saye terus tabah & gagah menjalani tahun akhir di sekolah yang mencabar ini :D
mencabar sebab tahun ni saye akan menghadapi exam yg paling besar di duniaaaa :)
wahh hiperbola terdapat di sana :D
insyaAllah, kau boleh mimie! :]


PSSSSSSSTTTTT,


apsal gambar kite ade kat sini ni husni afiq? HAHAHA.
i still cant call him, mawe or mau or whatever people call him at school
sebab dah terbiase panggil afiq.
tu lah saye, kalau saye dah panggil orang tu sekali, name tu akan lekat kat orang tu selame-lamenye :)
boleh ubah, tapi lambat & jarang jarang berlaku :D
haha. takde motif ape ape jangan salah paham atau salah anggap.
saje nak kecohkan, kitorang satu kelas lagi weh tahun nii :)
dari darjah 4, 5, 6 and form 5 :]
ececehh hahaha.
friends since primary 4 till now; 8 tahun dah weh. hebat taak? haha :'D
friends are forever :D :D



WELCOME BACK TO SCHOOL MIMIE;
Kuala Selangor Science Secondary School :)
KUSESS

*apsal aku semangat sangat nii? :P
SCHOOL BREAK [ PART 2 ]




Beautiful THURDAY saye pergi library again dengan teman teman satu sekolah. Cukup lah 1 hari bersuka ria & hari ni mase untuk buka buku kembali. Kitorang semua 8 orang, sumbat 1 meje! Hhaha. Muat muat, meje library Shah Alam besarr plus kitorang semua small in size so tu yg muat tu bhaha :D kitorang takde lah senyap serious semacam je kan, ade gak buat kecoh sesame sendiri haha.
Dalam pukul 12 kitorang stop jap, lunch time babehhh! Pegi Alam Sentral makan. Then jalan2 kat SACC jap, sempat gak enn. Hahaha. Wahsi & Renk belanje BIG APPLE wehh. Thanks korang hahaha :) semua stok comot je makan donut haha :D Hazman malu malu, lame lame die yg paling byk makan! D:sorry to nina & acap sebab kitornag kuar makan lame sangatt :P tu lah, sape suh x join dari pagii :P bile balik library balik tengok ade orang pegang cemera besar macam dalam tv tuu, haha nak buat iklan agaknyee…


Time tengah hari dah ni, Tibe tibe ade 1 phone ni berbunyi. Cam pelik gile, siape yg KAYA sangat main tinggal tinggal phone ni. Phone tu duk sorang sorang kt atas table depan table kitorang. Sumpah bising. Mane taknye, library tempat senyap tibe tibe ade bunyi phone lagu yg boleh tahan kerancakannye berbunyi. Lebih kurang macam ni laah.

Mimie : weh, phone sape tu wehh?
Nina : dah la main tinggal tinggal je.
Manza : tau takpee.
Mimie : Acap, g amik do, matikan. Bising kott.
*acap akur, bangun lah die dari kerusi tuu & tekan button merah kat phone tu & bape saat lepas tu, bunyi lagi!
Wahsi : bising gile weh.
Manza : korang perasan tak asal semua orang attack table kite ni?
Mimie : agak lahh. Tapi bukan kite punye kan, cool jee :) matikan je phone tu.
Acap : B**** dah phone ni. Buat bising aku yg kene.

lepas tu ade 1 pakcik ni, dengan muka yg agak tension cakap, “ shh, senyap sikit, silent mode lah, bising”

kitorang dah cam, aik pakcik lek ahh jangan lah marah bukan kitorang punye pun phone tu. Ade la kot 4-5 kali phone tu bebunyi. Tibe tibe ade 1 mamat baju pink pelik bace buku sambil jalan jalan lalu kat meja tu. & saye perasan phone tu dah takde kt atas meja! I was like, whoa orang tu curik!

Mimie : korang korang mane phone tadi tuu?
Aku rase mamat yg baju pink tadi yg lalu tu amik laah.
Wahsi : tak baik buruk sangke.
Mimie : masalahnye betul enn, ko tak hadap sane mane nampak.
Manza hanye mengiya kan je. Acap bangun bajet hero nak kejar mamat tu lah. sambil buat tangan penumbok. Sumpah lawak kau caap hahaha :D lepas tu, kitorang tengok mamat tu bagi kat orang library. I learnt something, jangan cepat buruk sangke kat orang Mimie :)

dalam 10 minit lepas tu, ade 1 lagi phone colour merah memekak. Wehh, library ok. Tak reti ke nak silent mode. Or matikan je phone tu kalau takde silent mode. Acap dah benggang kot, die ambik phone tu matikan phone call tu dulu & tekan button off tapi makin kuat bunyinyee!

Acap : weh, takleh off do phone ni. Phone ape ni weh.
Manza : ko tekan lah button off ngok.
Acap : aku tengah tekan lah ni tak boleh, keluar macam macam lagu ade ahh.
* memang 1 table kitorang nak tegelak je kot. Hahaha :D

lame lame, acap bagi lah kat kakak jage counter library tuuu. Fuhh, habis cerita. Ok, semua sambung buat kerje balik, dah aman pun (: lepas tu, nampaklah abang-abang camera man yg kitorang nampak kat atas tadi pegang camera, dari jauh laah. Iklan ape dorang nak buat ni, Mari Membaca ke :P

Acap & Faiz pegi mane tah. Dalam 10 minit lepas tu diorang balik.

Acap : kurang ajaa. Aku rase kite dah kene weh.
Nina : kene ape?
Mimie : tahnye, balik balik kurang ajaa tibe tibe. Hohooo
* 6 pasang mate menuju ke arah Acap & Faiz.


Rupe-rupenye, kitorang dah dikenakan oleh krew BANG BANG BOOM. Alah, yg tv3 tuu. Hahaha. Kurang asam. Tapi kitorang punye macam tak jadik sangat sebab tak mudah tertipu sgt. Diorang cakap, “ kite ni kire pandai lah gak kan, tak cepat kene tipuu ”. budak KUSESS kan cemerlang hahaha :D Renk & Hazman agak blur sebab diorang takde di tempat kejadian tadi, dorang pegi bahagian kanak-kanak. Haha :D


Patutlah pun, orang yg suruh kitorang senyap tadi, yang jalan bawak buku tadi smeua tu krew diorangg! Cehhh, sumpah ramai. Hahaha. Diorang kene kan ade 2 orang kakak kat satu sudut sane tu, lawak lawak. Haha. Banyak lagi lah diorang kenekan, orang yg berbeza dgn care yg berbeza. Tapi memang kelakar hari tu ADOIII gelak je banyak time ni, astagfirullah… Nina balik awal sikit, so tak dapat lah tau cerita sebenar. Bile sampai rumah, kitorang begayut, baru tauu :D

Friday & Saturday :) spent the whole day kat umah je. Kalau keluar un dekat2 je D: kemas kemas rumah, barang semua. Settlekan essay! Hahaaa. Saye dah siap essay wehh, bangge ni:D alhamdulillah. Sebab essay lah bende yg last yg saye akan buat :P :P

Alhamdulillah cuti kali ni best :) saye teringat SPM tibe tibe. Bukan tibe tibe, tapi memang sentiase ingat SPM sekarang ni. I’ll try my best. I know, education means so much to everybody kan :]
School Break (PART 1)


Assalamualaikum w.b.t :)

Rasenye dah lame gile kot tak berblogging ni. Rindu lah pulakk. Haha gedik lah kaau Mimie nak rindu-rindu ni agagaga :D nak kate takde mase ade je. But yah, I think lebih baik spend mase tu dengan perkare yg lebih berfaedah kaan :P eceh Mimie kau dah pandai gune mase sikit lahh. Grrr hahaha :]


Ape name cuti kali ni eh, Cuti Penggal agaknye :D macam biase, 1 minggu. Tapi cuti ni agak relax sikit dari membuat homeworks semua. Kenape ye? Sebab tak dapat banyak sangat homeworks laah. Kenape ye? Sebab baru habis exam haritu so cikgu tak bagi banyak sangat homeworks. Jangan tanye kenape. Entah, mungkin tak sempat or saje nak bagi kitorang belajar sendiri kott :) tapi, sikit punye sikit pun, ade gak. Yang tak tahan homeworks essays laah. Gilee lahh buat essays. Ade banyak kene buatttt! HAHA MIMIE KAU MELEBAT* Cuti kali ni kirenye berisi jugak lahh.


Pegi seminar Skor A BH haritu. Kat Muzium Negara, KL. Ramai lahh jugaak. & I went with my schoolmates haha. Buat kecoh kat sane. Opss tak, kitorang tak kecoh kat dalam dewan seminar. Kitorang kecoh kat luar je. Tak macam ade lahh 1 YAYASAN ni kaan, kecoh time seminar. WTH. Orang dating nak belajar tak yah batak sangat wehh. Haih, naik menyampah pun ade. Tapi relax, kitorang cool je :) mane taknye, cikgu buat lawak sikit gelak galak bukan main. Cikgu tak buat lawak pun gelak macam tengok Mr Bean. Grr Mr Bean lawak ke?* merepek ade lahh :| mase tu kat auditorium tu ade 3 side. Kiri, kanan & tengah. Kitornag duduk side kanan, the best mann :D haha. Minachi minachi kecoh tu semua duduk tengah. Bukan minachi kje kecoh, mamatchi kecoh gak, satu geng agaknye :] malas nak kutuk kutuk orang but you guys asked me to do so [: We learnt about so many things. And of course lah yg related tu SPM je  tu je priority saye sekarang, I mean kitorang semua. Penting do SPM.

Day 1 ; KUSESS cemerlang ♥




Day 2; 20 of us ♥


Result kite tu nanti menentukan banyak perkare. Bak kate cikgu, “ SPM kamu ni nantilah yang tentukan kamu nak further ape, nanti kerja ape, gaji kamu berape, kereta kamu berape mahal, rumah kamu besar mane, kamu kawin dengan sape”. Errk, kahwin dengan sape pun SPM tentukan ke? OMG kene buat betul-betul ni BHAHAHA. So cikgu, kalau kite dapat straight A’s so kite kahwin dengan orang straight A’s gak ke? Huahaha. Mimie, STOP merepek kaau. Ohh OKAY :| Seminar Skor A tuu 2 hari je, Sabtu & Ahad lepas. Dari rumah ade kot 20 minit je. Oklah, Shah Alam- KL 20 minit. Tu sebab tak jam ok. Kalau peak hours, maauu berejam rejam kikikiih :P itu lah KL, siape tak kenal KL, sesak menyesak ni memang no satu di Malaysia. Kalau cikgu Hasnah tengok blog kau ni MIMIE, betape luluhnye hati beliau tengok BM kau yang bukan nak macam BM sangat ni :[ sorry cikgu, jangan khuatir, dalam exam saye akan buat yang terbaik punyaa :P then, lepas habis seminar tu diorang plan nak pegi KLCC ramai ramai. Sounds interesting huh, but I can’t make it:( sebab time tu dah petang so sure lah parents tak bagi balik malam. Gile ke? Saye tak pernah kot keluar sampai malam. I mean, dengan kawan kawan. Kalau dengan cousins semua tuu jangan ceritaa :P diorang yang lain ade yg follow. Tapi takpe, tak dapat g KLCC pun Mid pun jadi laah :) cuci cuci mata, tengok stuff baru semua. Masuk kedai tu keluar balik then masuk kedai lain lagi agagag gile besttt :] ade lah jugak beli sikit sikit. Tapi cari 1 benda ni tak jumpee, sedih gakk ahh sobbb :(



The Next Day, A Wonderful Monday… ape saye buat ehh? Haha :D lupe jaap* maklumlah, banyak sangat nak kene ingat sekarang ni :] isnin ke selase tah saye pergi library Shah Alam. Terbaik do library ni hahaha. Solo-solo ke mimie? Cehh, takde maknenye saye pergi sorang sorang. Bosan kot kalau hidup menyendiri nii D: pergi dengan schoolmates. Kitorang lain kelas tapi still boleh belajar same & buat homework sesame sebab same je kitorang punye homeworks nii, selaras :) diorang kat library tu dari pagi. Saye ni datang tengah hari je. Kenape? Sebab tengah hari baru terbuka hati ni nak pergi kalau tak duk rumah buang mase je baik takyah! Kat rumah agak liat sikit budak mimie ni. So, pergi lah ke tempat yg x liat untuk belajar & belajar reramai memang menarik. Kalau tak paham, boleh tanye tanye. Kat rumah, kalau tak paham nak tanye sape. Tunggu je lah bukak sekolah nanti baru tanye tak pun nanti online baru tanye. Tak ke lambat proses semua tuu? Kalau belajar reramai, boleh terus tanye direct :] interesting huh ^_^

Hari selase ke rabu tah saye nak pergi gak. Tapi time ni kelakar. Bangun bangun je tidur tengok kat depan rumah, parking lot dah kosong. Lambat rupenye kauu mimie. Sorrylah, Mama dah pergi kerje dulu :P :P belajar kat rumah je lah hari tuu. Haa, ingat dah time tu hari selasa, terrible Tuesday!

AWESOME Wednesday Wednesday Wednesday! Time to go out babehh :) tak pergi jauh jauh pun. Motif saye keluar ni pun sebab nak jumpe darling darling saye yang amat saye rindui setelah sekiaan lame ish ish ish. Jampi ape korang bagi aku pakai sampai aku rindu rindu korang ni, hebat gile kot manderem tuuu XP mane lagi kalau bukan PRINCEJAYAAA :D macam biase, ikut ayah pergi kerje. Kalau dah ikut ayah pergi kerje tu, rumah siape lagi jadi mangse kalau bukan rumah FARAH AZIZA AHMAD ZAMRI :) agagaga. Thanks hun sebab bagi aku selalu lepak kat umah kau, muahx I love you more lah babeh :D adik farah, Mia makinn lawaa, Ayie makin gemok WAHAHAHA. Ayuz, nampak makin matangg :) aunty pun makin lawaa. Uncle nampak segak sentiase. Farah? Kaaau makin gemok BHAHAHA :D takpe takpe, kite gemok sesame takpe hihihi. Dah lah haritu Celcom kene chicken pox kot. Nak send sms punye lah susah gile tahap susahhh ahh! Kene try banyak kali, omG tolong lah. fed up tau tak kalau macam tu banyak kali. Hilda text takleh reply, sape sape je lah text takleh reply. Lame-lame sikit baru okay :] & gune phone umah Farah call Hilda, nenek tuaa saye yg saye sayangi haha. Nasib dah bangun nenek tu time saye call. Kitorang suruh die siap cepat2 then dating rumah farah & gerak g library P8 same-same. bebudak SMK P8(1) ade extra class harini. So kire tunggu diorang kat sane laah :D sempat gak ahh buat hw skit :) jumpe hafiz kat sane, die solo-solo je hihihi :]

Then, around 1 lebih camtu kitorang gerak ramai ramai pegi nowhere else than Alamanda Putrajaya HAHA. Naik bas, thanks to Hilda sebab belanje saye 50 sen naik bas, takde coins derr tu sebab Hilda kene belanjee :P sampai sampai je saye mention terus pasal makan. OH MAAN, logic what, tengok jam lah weh. Its 1.30 pm! Kau nak aku mati kebulur ke teman teman? Hahah. Tapi time tu lunch hour so memang full semua tempat makan. So kitorang beralah lah jap. Bagi makcik makcik makan dulu, nanti diorang nak masuk office, kitorang take over their place. Ade yg nak pizza, ade yg nak mcD, ade yg nak RASA. Lame lame berpecah, hahaha. Nak g pizza g pizza, yg lain gi RASA, teringat lagu OHH RASA SAYANG SAYANG OHH :P lupe daa lagu tu camane :O saye makan hot plate, same ngn Hilda tapi jenis masakan berbeza, spesies je same :P cehh, kakak tu buat saye punye mi over-cooked kot. Hangus kotttt. HAHAHAH. Oleh sebab terlalulah lapar tahap max, gagahkan diri ini makan juaa. Takde lah hangus sangat, sikit je act BWAHAHAHA. Then jalan jalan and saye banyak habiskan mase with FARAH & HILDA ♥ We spent our precious moment together babyy. Talk about a lot of thing, private & confidential :) bak kate Hilda, 4 penjuru je & between 3 of us jee. Takde orang lain tau sebab kitorang kurung diri kat dalam fitting room dalam Parkson bhahha. Lame kooottt :P nasib kakak kakak parkson tak ketuk cakap, “ ade orang taak? Buat ape lame lame kat dalam?” hahaha. Lantak lahh, ape kitorangg kesahh :D best gile time tu, haihhhhhh <3

meet Rashidah! :D
@ library p8


Hilda says ; Reject Shop untuk orang kene reject jee ♥
sayang kaauu lahh nenek :D


♥♥♥♥


Food is the best :P


PSSSTTT, its only between us okaaai :P