Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.
Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya. Fisiologi warna dibincangkan di bawah.
Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic dalam pendengaran, walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.
+ Merah
+ Biru
+ Kuning
Sewarna adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton.Ia juga dikenali sebagai warna monokrom Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah:
+ Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa
+ Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan
+ Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya.
Warna Kroma
Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna tersebut dengan penggenapnya. Nisbah campuran dengan warna penggenap akan menentukan nilai kuasanya.Kuasa warna kroma boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu cerah, sederhana dan pudar Warna kroma menggambarka kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.Hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan rindu, sunyi, sedih dan nostalgia.
Kesan Warna
Inspirasi
Warna dapat mengubah rasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang, menutupi keketidaksempurnaan dam membangun suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.
Warna adalah cara yang paling cepat dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspekti-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga yang paling mudah didapati.
haaaa, dah tertambah blum pengetahuan anda tntang warna?
ape colour fav. anda ?
kalau ditanya ,
saye mestilahh oren , purple & pink !
hati saye blum ready nak menerima
colour lain lgi utk digantikan
sebagai fav. calour saye.
tak tanye punn ?
err, suka hati saye le saye nak bagitauuuu :P
No comments:
Post a Comment