Showing posts with label about something. Show all posts
Showing posts with label about something. Show all posts

October 12, 2011

Lelaki.




Assalamualaikum WBT :) 




Haiiii haaaai helloooo *ok ni teringat zaman muda mudi time kat PLKN dulu. Emosi dahhhh main rindu-rindu nii. Ok, post kali ni aku macam nak bagi pendapat lah kot pasal makhluk Tuhan yg berlainan jantina dengan aku. Ok, pondan, nyah, tomboi tak termasuk ok. I mean, yang tulen sahaja iaitu lelaki. WAHHH, bukan senang Sharmimi nak post pasal benda alah benda alah camgini. Well, sukahati aku laaah.

Saya happy kalau kawan-kawan saya happy. Saya gegham kalau kawan saya sedih sebab yg macam tak berapa nak patut. sebab lelaki. Cop cop cop. jangan label aku tak suka lelaki pulak. Bukan apa, kadang-kadang tu orang tu tak worth it pon -_- Betul laah orang cakap, kalau dah sayang, apa pon bolehhh. Sayang jadahnya tuu o.O 


Jeng jeng jeng tau tak ade jenis lelaki berbahaya? Ni bukan nak mendiskriminasikan kaum ke jantina ke apa tau, but it's so true mannnnnn! kih3.

#1 Lelaki yg sentiasa fikir apa yg mereka lakukan/fikirkan sentiasa betul. Boleh tak cakap yang kononnya berpendirian tegas? Ok berpendirian tu bagus tapi kalau nak ikut kepala awak je, haru biru laaah. Mungkin ego? Eh jaaap, ego tu apa? bukan lego atau ohligo coco tau. Tapi sebenarnya perempuan sama jeee. How we handle yang penting.

#2 Lelaki yang sentiasa blur. Tapi dalam kes ni bukan blur eye sight lah kot. kalau mata clear tak rabun pun boleh je join kategori ni jugak. Takpe posotive thinking sikit, maybe dia takde adik perempuan ke kakak ke kot. Itu lah sebab macam agak slow sikit. Bukan pemalu ok. Pemalu tu okaaay, weewit suka lah lelaki pemalu dari taktau malu -_- 


I nak pilih colour apa ni. PINK? Hijau? Ke Kuning?
Seee, nak pilih warna baju pun susah!

#3 Lelaki yg 24/7 nak berkepit dengan hangpa je. ke sane ke mari asyik nak ikut je. MUla-mula para wanita rasa macam secure ada orang jaga tapi lama-lama rimas jugak. Positive thinking? Oh mungkin dulu cita-cita nak jadi bodyguard tapi tak cukup tough mcm Aaron Aziz tu yg camgitu tu. Hek3.
Ohh tolong saya jiran sebelahh. Boypren saya kurung sayaa!
Ok, ni dah jadi kes buli girlpren niiii 0.o

#4 Lelaki yg suka kutuk kutuk lelaki lain depan perempuan dengan harapan biar si perempuan suka padanya. Errrr, ingat takde ke jenis ni. Tapi jarang jumpa laaaah kan. Sesiapa yg pernah terjumpa tu diam-diam je laah kan ;P

#5 Lelaki yg dah ada awek tapi duk SMS, call anda. Nak test market lagi ke apa? Positive thinking, oh nak bincang assignment kot. Ok ok -_-

#6 Lelaki yang cakap lebih kurang macam ni, '' I memang suka you, I sayang you tapi I tak rasa I ready untuk hubungan yg lebih serious'' Ok, ni mcm dalam drama melayu kat tv tu laaah, ingat apa -_- Haaaaa tu apa maksudnya tuuuu. Jeng jeng jengggggg.


Ok ada 6 je kot yg terlintas kat kepala buat masa sekarang. Sebenarnya, perempuan ke lelaki ke sama je. Kalau nak buat perangai tu tak kira jantina (ok, yang nyah ke pond** ke lain cerita hihii).


Ho yeaaah? Being unperfect is great laah weh.
Yelah, tengah bahagia kentut pun wangiiiiii. 


Jangan salah faham.
 Entry kali ni bukan lah nak condemn kaum Adam ke apa. Tidak sama sekali. Bukan apa, macam kelakar pulak orang yg bercinta kt luar sana, macam-macam ragam. Ini apa yang Sharmimi rasa je laah based on pengalaman orang sekeliling. Tapi kenapa tak buat ' Jenis perempuan yg Berbahaya'? Dah aku perempuan buat apa aku nak kutuk kaum aku -___- HAHAHA. Tapi ingat, kita semua hambaNya, sama je. Kalau taknak ambil risiko menghadapi lelaki-lelaki seperti di atas, para wanita boeh sign in kelab single :)


Single is simple Couple is trouble
. Ok, tu pendapat aku sekarang. Hidup takde lah macam eh tak boleh nak kawan dengan orang tu dengan orang ni. Kang dapat pulok si dia yg penjeles mcm aku ni HAAAAAAA perang dunia ke-3 tak pasal boleh meletus kih3 ;) Apa? Cemburu tandanya sayang? Iyolaah (: Apa-apa laaah, semua pun dah besar kan sekarang, pandai-pandai fikir baik buruk. Hihiiii.



Menghargai Sebelum Dihargai



Assalamualaikum WBT :)

Well tajuk entry kali memang macam perghhh wulamak. EHH? Tak ke? Ye laaaaaah! Fine, Biar aku bajet sendiri. Sendiri post, sendiri suka laaaah -_-

Berbalik pada tajuk. Mungkin kita pernah lakukan something, yes sesuatu seikhlas hati, sehabis baik tetapi hasilnya ..... tak langsung menunjukkan sebarang pancaran kejayaan. Apatah lagi untuk dihargai orang? 

ATAU.
Kita sayang seseorang. Memang punya kamcheng laaaah. Ok mintak tolong bolehh punya, sebab kawan baik punya pasal kaaaan. Kita sangat sangat nak dia nampak apa yg kita buat. Ikhlaskah itu? *Tanya diri sendiri juga :)

Hargai. Sesuatu yg sangat subjektif untuk ditafsirkan. macam mana caranya? semuanya bergantung pada setiap individu. Manusia lain-lain, perangai lain lain. Bak kata pepatah Melayu, rambut sama hitam, hati lain-lain. Kalau dia dye rambut kaler merah macam mana pulak? Biaq pi diaaa laaaah, malas aku nak fikir.

Kita selalu terbayang, nak kan orang hargai kita. family, kawan-kawan, guru-guru, kekasih hati hargai kita. Well, who doesn't? Heartless lah orang tu kalau taknak dihargai kan. Pegi buat survey berapa je orang yg tak kisah nak dihargai dalam hidup ni? Well, duduk gua lah lah brader. As long as you live on this sphere Earth, you'll always need it. Aku buat untuk dia ni, tak appreciate langsung. Aku ambikkan barang dia tu, kalau ye pun blanje lah air ke apa ke. etc etc. Tetttt. You better stop it now. Jum pupuk diri buat kerja dgn keikhlasan? Yes, hanya Allah saje yg boleh mengukur keikhlasan seseorang. Kita hambaNya, perlu berusaha jugak kan?





Pernah kita terfikir. Kita hargai ke semua apa yg orang pernah bagi kat kita? Every single thing? SUMPAH YE? Fikir-fikirkan :) Takpayah fikir jauh sangat, tengok sekeliling dah cukup. family kita? ataupun yg kita tak pernah kisah pun before ni. Apa yg Allah dh bagi kat kita. Opss, lebih sopan kalau cakap Allah pinjamkan. 

Fikir-fikirkan lah. Sorri Sharmimi tak reti nak berpuitis panjang lebar. Tapi yang penting sebelum kita nak dihargai, belajarlah menghargai. Every single thing on Earth.


Teringat kata-kata seorang sahabat saya, tak dapat apa yg kita impikan sebenarnya kita bukan kalah, sebaliknya kita menang! Sesungguhnya Dia tahu apa yg terbaik untuk kita.


Word yg mmg dipandang simple oleh semua orang.
Tapi,
impaknya sgt banyak :)




To a friend , THANKS! :) & I hope I could help you. 

October 11, 2011

Im BACK :D




UP ; Current Default Picture Facebook :)
Dah dah aku tukar dahh kan. 
heboh je semua bila guna gambar aku versi lelaki. 
whattaaaaa ..... 
ok gurau pun jangan lah ambik serious u olls nii -_-

DOWN ; Previous Default Picture on Facebook :D :D :D
He's so ohsemmmmm.
MELTMELTMELT waaa cakap luuuu ;P
ok relax lahh, aku takde lahh angau mana.
Susah laaaaah nak buat aku angau kat oranggg
*big talk heh you Mimi :P




Assalamualaikum WBT :) *baru nak bagi salam kaaaaan ;D


HO HO HOIIII hello peeps. seems like everybody is missing me right now heh? heh me. 

WAHHHH dah berabad lamanya Sharmimi tak update blog. 

 busy. 바쁜. ocupat. abala. gnóthach. 

semuanya membawa maksud yg sama, sibuk :) Pandai Mimi banyak bahasa kau tau. Apa guna google translate ^^

Cuti ni ingat kita cuti dari segala-galanya? NO WAYYY. banyak benda nak buat. Well, bibik tak bergaji sudah semestinya. Takpe, saya gembira melakukannya, *baik kaaaan HEHEHE.

Update blog! YAY. nak update banyak-banyak sampai muntah. hah, siapa-siapa yg heboh gila suruh aku update blog tuu kaan hah baca lah korang sampai muntah. Perasan? Aku punya suka laaaaah.


Hook yeaaaah.
Blog aku dah berhabuk. berkurun tak update. bosan. 
so i'll try :) HEE


December 3, 2009


Kesabaran ade limitnye, ye dak? :D



Angguk angguk geleng geleng tunduk tunduk ikut suka. Ish jangan geleng anggukkan je pernyataan di atas! :)

Mari berfantasi. Hai tuan tuan dan puan puan. Selamat datang ke dunia baru iaitu dunia blog saye ini. Hari ini saye akan membawa tuan tuan dan puan puan sekalian meronda ronda di ruangan ini. Bukan selalu hanye sesekali sahaja. Bersama saye kapten anda pada hari ini, Sharmimi Razak akan mengetuai anak anak kapal pada hari ini. Pasangkan topi keledar, tali pinggang keselamatan jangan dilupakan. Anda juga diingatkan untuk melihat lihat ke arah lain selain skrin komputer setiap 15 minit untuk mengelakkan kerabunan melanda mata anda. Mari kita mulakan.

Semua perkara yang kite lakukan perlukan kesabaran kan? Belajar perlukan kesabaran. Makan perlu bersabar kalau tak tercekik siape susah? Anda dan keluarga anda juga susah. Nak buang hajat pun perlu bersabar kalau kena beatur panjang. Namun begitu, kesabaran memang amat susah untuk dipraktikkan oleh kita semua yang bergelar manusia termasuk saye kerana saye juga manusia biase seperti anda, ye anda:)

Bayangkan, kalau manusia tidak mempunyai limit bersabar sudah tentu dunia ni amat damai selalu. Tiada pergaduhan tiada jeling jeling, tiade perasaan tak puas hati jugak kerana kita semua bersabar. Bola kene kepale pun still senyum dengan ikhlas. Perompak puntak jadi perompak agaknye. Yelah, dah dia bersabar mestilah tak merompak! Sebab buat apa nak terburu buru sebab sabar menjadi amalan.

Sebelum itu, barang siapa yang tidak berminat untuk meneruskan penerbangan ke alam fantasi bersama saya anda boleh keluar sekarang. Pintu keluar berada berdekatan anda. Tekan saje suis komputer and matikan. Kepada yang maju sedikit menggunakan laptop, lipat sahaje komputer riba anda wa cakap lu!

Sambungan.
Tapi memang dah lumrah manusia macam tu, tak bersabar. Lihat saje sekarang. Manusia terburu buru dengan agenda masing masing. Sibuk menguruskan urusan yang patut diuruskan. Ada juga sibuk mengejar sesuatu yang tak pasti. Ade jugak manusia yang tidak kesah untuk mengejar mase seperti tiada benda yang patut dilakukan selain memblogging. *batuktigekali terase pulak cik puan yang tengah menaip ni ha. Hahahaha ;D

Hari hari kita cuba bersabar. Sabar menerima segala ketentuan Illahi. Tidak mustahil jika ade di antara kite yang mempersoalkan takdir yang telah ditetapkan. Tak dapat menerima kesenangan dan kehebatan orang lain. Selalu je membanding bandingkan takdir diri sendiri dengan orang lain.

Dengan sifat sabar, orang yang mempersoalkan takdir mereka dapat menempuhi dengan tabah dan cekal dan dapat melihat dengan baik udang di sebalik spaghetti. Jika seseorang itu tidak mengamalkan konsep bersabar, udang galah dalam pinggan spaghetti sendiri pun tak nampak tapi anak udang dalam pinggan orang sebelah pulak dia nampak walaupun dah kene cover dengan daun salad. Ish ish ish.

Kan best kalau saye boleh bersabar selalu. Senyum je kalau orang potong barisan nak beli popcorn, orang tumpahkan air kat atas kerja yang baru siap, siap senyum macam mcd lagi. Tapi saye tau itu amatlah sukar bagi saye. Ade hadis mengatakan, “orang yang kuat bukanlah mereka yang berani semasa berperang tetapi prang yang kuat adalah mereka yang berjaya menahan perasaan marahnya”. Maafkan saya kalau struktur hadis itu tidak betul tetapi begitulah maksudnye.

Namun begitu kite manusia biase yang punyai tahap kesabaran dan limit yang berbeza beza mengikut hati masing masing. Saye tahu, setiap kali saye marah setiap kali itulah syaitan dan iblis bersorak kegirangan seperti kanak kanak rebina yang baru dapat gule gule dari abang dan kakaknya. Tak kire ape yang kite buat trylah untuk bersabar. Selagi perkare itu tidak boleh membawa kepade kebinasaan kepade diri sendiri.

AL MAKLUMLAH, manusiekan pentingkan diri sendiri =)

Ape ape pun hargailah kelebihan diri anda sendiri. Kerana diri anda begitu berharga HAHAHA. Okay semua, kita sudah selamat mendarat. apa macam macha? Apa rasa? Haha. Btw, saye lapar ni tak makan lagi =P

September 18, 2009


saya ,
NUR SHARMIMI ABDUL RAZAK ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
kepade semua yang membaca tulisan ini :D

kepade yang mengenali saye ,
saye minta maaf sesangat di atas segala salah & silap saye . ku susun 20 jari ( jari kaki included ! :D ) memohon ampun jikalau tutur kate saye selama ini ade menyinggung mane mane pihak , keterlanjuran berbicara sehingga mengguris hati anda :) terutamanye yang hari hari nampak muke saye , yang berinteraksi dengan saye , teman teman khususnya , sorry yah kawan kawan :) sayang korang <3

thanks for the kad raya for those yang bagi saye :) sayang anda lebih LAH :D
kepade yang saye tak sempat nak reply , sorry . bukan saye tak nak reply tapi tak sempat dah kot (: saye hargai kad kad yang korang bagi saye tu <3

selamat menyambut hari raye semuanya ,
selamat bergembira di hari mulia bersama dengan orang orang yang kita sayangi & kasihi ;D jage diri elok elok . jangan terlampau excited . berhati hati ketika memandu di jalan raya :D jangan main meriam , bunge ape boleh je rasenye :]
kepade rakan rakan yang dah lame tak bertentang mata ,
walaupun kalian jauh di mata , tapi di hati dekat sentiasa 8D
semoga Aidilfitri tahun ini akan lebih membawa makna kepada kita semua ,,,



.SALAM AIDILFITRI buat anda

August 29, 2009

ULANG TAHUN ; 52 :D



MERDEKA MERDEKA MERDEKA !


saje je post entry awal awal tentang merdeka :D saye kan patriotik terlebih sikit hehehehe :) Alhamdulillah negare saye Malaysia dah nak 52 tahun dah merdeka yeh . saye doakan semoge negare kite yang tercinta, Malaysia dan rakyatnye akan terus merdeka dalam erti kate sebenarnye , AMIN :]


so, salam merdeka buat semua . terus sukses yah . jum sahut seruan PM , 1Malaysia :D rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan . betul ke ? ;P harap betul kalau salah tolong betulkan eh, NGEHEHEHE . dalam banyak banyak lagu 1Malaysia yang baru baru tuu , mane yang best ? ke korang tak tau ? tu lah dengar lagu nak Britney je HAHAHAHAHAK .


cett , ade tak bace paper or tengok tv iklan pasal 1 Malaysia tu . ade burung ka pokok , ABC . comel je kan ? saye suke yg burung & pokok tu kot ;D yelah , dekat sekolah tu hari hari ade paper BH & STAR so tau lah jugak perkembangan dunia luar . takdelah mengecut je kat dalam tu ;P

MALAYSIA <3

August 26, 2009

Story ; Tunjukkan dimana Tuhan .

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah
air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari
seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3
pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan
saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh
itu?


Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti..
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu > > ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
menyakitkan untuk syaitan.

July 5, 2009


entah .
saye pelik dengan ape yg saye rase sekarang .
memang pelik tahap GABAN .

entah ,
saye thu saye tak patut rase macam ni .
saye pun pelik ,
macam saye cakap tadi memang pelik .

saye tahu , dia pun manusia punya hati & perasaan macam saye .
oh diaa ?
wahai teman ,
kite ni same-same perempuan ,
behave lah sikit :)
awak hanye mengelirukan banyak pihak .
yes , banyak !

July 4, 2009

LET'S SING A SONG



KYUHYUN

Oneuldo nal gidaryeojoon ni moseup nan gieokhae gakkeumsshik himi deul ddaemyeon nan hangsang neol saenggakhae

SUNGMIN

Gomawoon gippeul ddaemyeon dagati wootgo eonjena saranghaneun mam choongboonhae

DONGHAE

Geujeo badgiman haeddeon neoui maeum ijen da dollyeojoolge



ALL/YESUNG

Jogeum deo gakkai sarang neowa naega jigeum idaero hangsang neoreul jikyeojoolge

ALL/RYEOWOOK

Ddaeroneun jichyeoseo apeugo himdeulmyeon geujeo neon gidaemyeon dwae

SIWON

Yeongweonhi HAPPY TOGETHER



KANGIN

Jogeumman dareul pooninde chagawoon geu shiseondeul

HANGENG

Geu nooga mweora handedo neomaneun byeonchi anhgil...

SIWON

Gomawoon himdeul ddaemyeon dagati woolgo eonjena hamkkehamyeo jikyeojweoseo

LEETEUK

Geujeo badgiman haeddeon neoui maeum ijen da dollyeojoolge



ALL/RYEOWOOK

Jogeum deo gakkai sarang neowa naega jigeum idaero hangsang neoreul jikyeojoolge

ALL/KYUHYUN

Ddaeroneun jichyeoseo apeugo himdeulmyeon geujeo neon gidaemyeon dwae

KANGIN

Yeongweonhi HAPPY TOGETHER



DONGHAE

Sesange garyeojin noonmool heulligo isseul ddaedo

YESUNG

Noonbooshin geudaega isseo himnaeyeo wooseul soo inneun hangsang HAPPY TOGETHER

SUNGMIN

Neon naui jeonbooya neon naui choigoya

RYEOWOOK

Nae saram geudae nooga mweoraedo nae sarang~~~



ALL/RYEOWOOK

Jogeum deo gakkai sarang neowa naega jigeum idaero eonjerado gyeote isseo

Ddaeroneun jichyeoseo apeugo himdeulmyeon geujeo neon gidaemyeon dwae Uhh~



EUNHYUK

An dwendago malgo shilpaehanda malgo

LEETEUK

Nooga mollajweodo geudaen hal soo ijjyo

KANGIN

Ijen byeonchi malgo hamkke wooseobwayo

KYUHYUN

Yeogi inneun modoo hangsang haengbokhagi

RYEOWOOK/KYUHYUN

Sarang haengbok jigeumbooteo sarang haengbok yeongweontorok

Sarang haengbok neowa naega sarang haengbok hamkke hagi

SUNMIN

Yeongweonhi HAPPY TOGETHER

COUSIN saye , NUR SYAZWANI suke sangat dengan mamat mamat itu :P

SPORTS SAYA SUKA , ;D

BOLA JARING . ini lah game yang bileh dikatekan saye suke gile main . memang lah saye tak sehebat kawan-kawan saye yang lain . tak semestinye kite kene hebat baru boleh main kan . satu kepuasan yg luar biase bile dapat main Netball ni . kepuasaan yang memang tak dapat saye kecapi kalau saye main jongkang jongket . siyes , tak tipu punye :P saye start main since darjah 3 kot . itupun main wakil kelas je . haha , time tu main macam takde rules je . main redah je . saye ingat lagi , ade pernah sekali saye main tu cikgu lelaki yg jadi pengadil . saye agak ragu-ragu sebab betul ke dia tahu rulesnye . tapi entahlah , mungkin mase tu darjah 3 & main sekadar untuk main-main tu yg belasah je tu KOT :D posisi ape saye pernah main ? dulu-dulu suke main Center & Wing D . tapi naik form 1 cikgu suruh main Gol D :) agak best main GD sebab boleh tepis tepis bola HUAHAHA . main C perlukan stamina yg agak hebat sebab perlu kejar sane sini . tapi sebenarnye saye suke jugak main GA . main sumbat-sumbat bola kat tiang gol tu . tapi , kalau lawan saye agak takde confident nak masukkan GOL :P cuak lah cuak ;] saye pernah pening & blur mase main netball , form 1 kot time tu . ade 1 budak ni dia pegi baling bola kuat2 & kene saye punye kepale . hanye Tuhan saje tau saket gile ! Haha :D :D saat paling best ialah time kite menang match & yang paling tak best time kite kalah . ehem , sape suke kalah kann ;


BOLA SEPAK :D saye suke football . cume tak berpeluang untuk main je ;) dulu selalu main . tapi sekarang memang dah jarang gile ! ish , rindu gile nak sepak-sepak bola . tapi saye agak suke lah jugak tengok bola . emm , tapi takdelah semua match bola tu saye tengok macam kawan-kawan lelaki yg saye kenal . hanye ade sikit2 team main je saye tengok kalau game tu menarik minat saye lagi lagi kalau team yg saye sokong & minat . ehem , tau tau aje lah :D

BADMINTON . saye suke badminton jugak . kalau main badminton , saye memang bersemangat . lagi-lagi kalau orang yg main dengan saye tu bersemangat . kirenye dah lame lah jugak saye tak main badminton . ade la kot beberape minggu . memang lame . kat sekolah best je tengok diorang main kat dalam dewan . kekadang tu pernah gak menyebok :P bagi saye , badminton ade satu daye tarikan yg membuatkan saye nak je main dia :)

TENIS . saye memang tak main tenis . saye cume suke tengok game tenis . lagi-lagi kalau pemain international :) whoa . comel je diorang main . erk , ape kene mengene . tapi smart what orang main tenis , ye dak ;D reket tenis saye suke . sebab die besaar dan lebar . pukul anak monyet pun boleh masuk ICU monyet tu .

RAGBI . satu permainan yang amat mengecutkan perot saye . kenape ? haha . kekadang lawak la diorang main rebut-rebut bola yg tak bulat tu . lepas tu kumpul reramai . kesian gile sape yg kat dalam tu HUAHAHA . tetengok bola dah tekeluar dah daripade kelangkang HAHAHA . siyes lawak tak tipu . tengok ragbi noleh menghiburkan hati tau tak . alah , saye bukannye tau sangat pun pasal ragbi ni . sekadar tengok gitu gitu sahaje :)

SUKAN BERKUDA . saye suke yang ini . saye pernah naik kuda . tapi untuk main2 aje . takdelah untuk pertandingan , melampau gile haha . sukan ni nampak mewah . smart kan :) dah la kuda-kuda tu smart . saye suke bile kuda lompat-lompat palang , esehh . dah lame tak tengok kat tv . bile ye ade lagi ? kalau lah berkesempatan tunggang kuda , memang saye TAKKAN lepaskan punye lah :)



FORMULA 1 . saye suke tengok F1 . anda juga bukan ? tapi saye tak berape nak suke bunyi yang kuat yg boleh bikin telinga gue pekak ! HAHAHA :D

July 3, 2009



UHH , sudah pasti lah semua umat manusia di muke bumi ni dah tau ape itu H1N1 . tak payah la saye jelaskan lagi . buang mase saje sebab semuanye bukannye tinggal kat hutan . semua pun bace newspaper , tengok berita . ye dak ? entah lah . sekarang ni mule la pulak merebak - rebak ke sekolah-sekolah . kan dah kesian bebudak semua nak belajar . uiseh , duduk rumah seminggu ye . oh gile tak aci . haha . tapi saye taknak lah duduk rumah sebab dikuarintinkan atas sebab-sebab yang macam gitu . emm ;

dekat sekolah saye , alhamdulillah sebab lately buat solat hajat . kitorang berdoa supaye virus tu tak datang ke sekolah kitorang . sape yang nak kan . semua orang nak idup dalam aman & damai . insyaAllah , KUSESS dijauhkan daripade wabak yg menakutkan itu , insyaAllah ;D hari-hari kami dibekalkan surat khabar BERITA HARIAN & STAR . hari-hari jugak ade berita pasal H1N1 . tak henti-henti // naik seram otot-otot saye . GUUHUHUUU .

entahlah . tapi yang pasti selagi ade peluang ni lah kite sebagai makhlukNya hanye mampu berdoa & berharap agar wabak sebegitu tidak kene kat kite , kan ;D

June 7, 2009

AWARDD ;D

i received an award todaii;
credits to MIRAFAQIHA :)

trimas mira ;]



ps,
kereta ni SUPERSMART kan :D
would you get one for me please ?


May 30, 2009

CINTA DUNIA


Cinta dunia ini..
Betapa mempesonanya dunia ini dengan tamiznya,
Seringkali ku tergoda dengan alwaninya yang sementara,
Lantas membuatkanku sering terleka akan Ya Mushawwir.

Cinta dunia ini..
Betapa nikmatnya hidup penuh kesenangan,
Seringkaliku mengejar mencari alaa’ duniawi tak berkesudahan,
Lantas melalaikan ubaidah syukurku kepada Pemberi nikmatku.

Cinta dunia ini..
Betapa ku asyik dibuai cinta duniawi,
Seringkaliku tertewas akan kasih insani yang penuh janji,
Lantas aku lupa akan kasih mauhibah ar-Rahmanku,

Cinta dunia ini,
Betapa manisnya hidup di dunia ini penuh sa’diah,
Seringkaliku terdeperdaya mengikut syaitan yang beraja di hati,
Lantas aku terlupa akan azab akhirat ciptaan Ya Muntaqim.

Ya Baaqy..
Hanya kepada-Mu jua cinta abadi,
Kini aku mengerti tiada sudahnya dunia yang ku cari,
Syaitan sentiasa menggodaku sedangkan imanlah penyelamat hakiki.

Ya Raqibb..
Jangan biarkan aku tanpa pimpinan-Mu,
Lindungilah aku daripada syaitan dan nafsu,
Musuh utamaku yang tersembunyi dalam hidup penuh berliku.

Ya Ghafuur..
Ampunilah kelekaan dan dosa-dosaku,
Ku tahu dosaku tidak melayakkan aku ke Jannah-Mu,
Namun aku tidak berdaya menahan seksa Jahim-Mu.

Ya Haadiy..
Kurniakan aku hidayah,
Agar dikuatkan imanku yg sentiasa lemah,
Moga ku dapat merasai nikmat kemanisan iman..

Ya ALLAH..
Hasbiyaalllah, cukuplah hanya Engkau cintaku,
Ku takut untuk menyintai dunia ini,
Kerana ku tahu cinta dunia ini membuatkanku jauh dari rahmat-Mu.

karya: Salma Ahsanan Yunus


Glosari:
• Tamiz=keunikan
• Alwani=warna-warni
• Alaa’=nikmat
• Ubaidah=ibadat
• Mauhibah=pemberian
• Sa’diah=kebahagiaan

April 17, 2009

PANDUAN MENGKHUSYUKKAN SOLAT






Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran

Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud

Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita

Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang

Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin

Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang

Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih

Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut

Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir

Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu

Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat

Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu

Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya

Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya

Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih




:)

March 14, 2009

YES !

tahniah LIVERPOOL :)
padan muke MANCHESTER UNITED :P

saye memang sangat teruja dengan keputusan ini :D
WAHAHAHAHA :]

February 3, 2009

PELIK BIN AJAIB ?

anda rase pelik tak kalau sesuatu yang pelik terjadi kt depan mate anda ? ataupun pade diri anda sendiri ? err , ape saye merepek ni wey ? HAHA :D

cikgu saye cakap , orang kementerian cakap , kalau someone tu dah dapat SBP , dia memang TAKKAN dapat MRSM . kalau dapat MRSM , SBP takde lah . what if , kalau kita dapat both ? ohh , tak mungkin . tak mungkin same sekali . mustahil . memang mustahil . yes , memang mustahil . tu lah yg saye pelik bebeno sekarang ni . ade orang tu dia dapat SBP , MRSM pun dapat gak . waw :]

tapi , memang gile hairan bin pelik saye dibuatnye . HAHA :) mmm , LAPAR gile sekarang . tak makan lagi even sekarang dh pukul 3 setengah . lauk Mama masak harini sedap . bau pun sedap , rase lagi lah . mestilah sedap gile ! :]

tata fr now !

*homework gile banyak kawan-kawan . haih , semalam punye pun ade yg tertunggak . tu yg saye tak suke tu . eeee , benci gile . haha . bukan benci homework tapi benci satu benda ni ha . ayoyo :|

February 1, 2009

Rahsia Jari KIta

Rahsia Jari Kita :D


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.


Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??






Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?


saye ambik dari SINI . bukan niat nak mengopy paste . tapi , agak menarik jika dikongsikan dengan kawan-kawan :)


January 2, 2009

December 31, 2008

Selamat Tahun Baru ; Happy New Year 2009!


selamat tahun baru saye ucapakan kepada semua!
orang kate, tahun baru kite semua bukak buku baru. dah alang-alang bukak buku baru tu kan, ape kate kite jadikan semuanya baru-baru belaka :D
mesti seronok kan.
ade azam baru. baju baru nak pegi sekolah. beg baru. kasut baru. haha.
tapi, bukan semua benda/perkara boleh dibarukan ni.
huhuehehehe :D

semoge tahun baru ni membawa lebih sinar kepade semua berbanding tahun sebelumnye ok :)
dengan rasminye,
saye mengumumkan entry ini ialah entry terakhir saye untuk TAHUN 2008 :)
2008 tahun yang sangat hebat!
banyak yang saye pelajari.
selamat tinggal 2008,
selamat menjelma 2009!
:)

HAPPY NEW YEAR !

December 28, 2008

Selamat Tahun Baru ; 1430 H





Selamat Tahun Baru *Hijrah saye ucapkan kepade semua :D semoga Tahun 1430 H ni akan memabawa lebih kebaikan kepade kite semua :] hari ni dah 1 Muharram bersamaan dengan 28 Disember *lepas Maghrib, kita telah masuk ke dalam tahun baru mengikut kalender Islam.

Namenye pun tahun baru kan. Setiap orang mesti punya azam dan impian untuk tahun baru. Masalahnye, azam tahun sebelumnye dah tercapai ke belum? Berazam bukan main, tapi buatnye tidak. Janganlah kite nak azam dan terus berazam tapi kita takde usaha pun nak tunaikan azam kite tu *orang yang cakap ni pun same je HAHAHA.

Tahun baru dan azam baru memang tidak boleh dipisahkan, bagi sayelah. Tahun baru kite harapkan ia berjalan lebih baik berbanding daripade tahun sebelumnye. Saye ade azam untuk tahun baru ni. Setiap tahun baru, saye punya azam saye yang baru. Walaupun, masih ade sisa-sisa azam tahun sebelumnye yang belum saye tunaikan. Takpelah. Biarkan jelah ia berlalu. Mase tak boleh nak putarkan balik. So, saye berpendapat saye akan terus berazam dan tahun ni insyaALLAH saye nak tunaikan SEMUA azam saye, kalau saye larat lah.


Untuk tahun baru 1430 H dan 2009 M saye berazam untuk :
- study lebih gigih dan kuat lagi. Sebab saye tahu, form 4 bukan macam form 1, 2 and 3. ramai orang nasihatkan saye, supaye form 4 belajar baik-baik. Jangan belajar last minute. Sebab, pelajaran dia lagi tough dari form 3.
- TAK NAK MALAS-MALAS. Saye dan malas memang kawan baik. Kami telah berkawan sejak sekian lamenye. Tapi, saye dah tak nak jadikan malas kawan saye dah. Saye nak dia jadi musuh saye. Ya, musuh utama. Oh bukanlah utama tapi kedua (sebab Syaitan musuh utama) :D
- NO LAST MINUTE punye kerje. Tak kirelah tugasan sekolah atau ape-ape je yang diberikan ke saye. saye akan berusaha buat as soon as possible. Sebab, kerje last minute ni kadang-kadang buat jiwe lagi kacau.
- SABAR sabar sabar. Saye nak tingkatkan tahap kesabaran saye. ye, saye memang agak kelam kabut & cepat marah HAHAHA.
- BERJIMAT. Tak boleh boros-boros. Jangan beli benda yg tak perlu lagi. Sebab duit bukan turun dari langit.
- CONFIDENT DIRI. Saye memang agak pengecut dalam sesuatu perkare.
- WANITA SOLEHAH. weeewiiit :P
- KURANGKAN ONLINE. sekolah dah nak bukak, so online bukanlah priority dah kut. Online internet ni memang boleh melalaikan saye.
- LEBIH POSITIF. ecehh.
- Semoga saye kuat untuk tempuh segale ujian, cabaran, dugaan hidup. wahahaha


Tak kan itu je kot saye punye azam? Eh, banyak lagi. Tapi selebihnye biarlah rahsia. Hehe :] saye berharap saye lebih matang berbanding hari ini. Semoga Tahun 2009 ini membawa makne dan keceriaan di dalam hidup saye! Semoge saye berbahagia disamping orang-orang yg saye sayangi. Amin. Saye mendoakan, begitu juge anda yg membace. Amin.

Saye punya azam saye. Begitu juge dengan anda kan? Semoga anda dapat tunaikan azam anda di tahun baru ni ok! Selamat semuanya.

PS// ayat gile skema. Saye pun tak tau ape pasal. Tapi, jadi skema seskali memang seronok. *di dalam percakapan bukan perbuatan. Haha. saje je nak mengskemakan diri buat seketike. Haha. sekian mekaseyy!