December 3, 2009


Kesabaran ade limitnye, ye dak? :D



Angguk angguk geleng geleng tunduk tunduk ikut suka. Ish jangan geleng anggukkan je pernyataan di atas! :)

Mari berfantasi. Hai tuan tuan dan puan puan. Selamat datang ke dunia baru iaitu dunia blog saye ini. Hari ini saye akan membawa tuan tuan dan puan puan sekalian meronda ronda di ruangan ini. Bukan selalu hanye sesekali sahaja. Bersama saye kapten anda pada hari ini, Sharmimi Razak akan mengetuai anak anak kapal pada hari ini. Pasangkan topi keledar, tali pinggang keselamatan jangan dilupakan. Anda juga diingatkan untuk melihat lihat ke arah lain selain skrin komputer setiap 15 minit untuk mengelakkan kerabunan melanda mata anda. Mari kita mulakan.

Semua perkara yang kite lakukan perlukan kesabaran kan? Belajar perlukan kesabaran. Makan perlu bersabar kalau tak tercekik siape susah? Anda dan keluarga anda juga susah. Nak buang hajat pun perlu bersabar kalau kena beatur panjang. Namun begitu, kesabaran memang amat susah untuk dipraktikkan oleh kita semua yang bergelar manusia termasuk saye kerana saye juga manusia biase seperti anda, ye anda:)

Bayangkan, kalau manusia tidak mempunyai limit bersabar sudah tentu dunia ni amat damai selalu. Tiada pergaduhan tiada jeling jeling, tiade perasaan tak puas hati jugak kerana kita semua bersabar. Bola kene kepale pun still senyum dengan ikhlas. Perompak puntak jadi perompak agaknye. Yelah, dah dia bersabar mestilah tak merompak! Sebab buat apa nak terburu buru sebab sabar menjadi amalan.

Sebelum itu, barang siapa yang tidak berminat untuk meneruskan penerbangan ke alam fantasi bersama saya anda boleh keluar sekarang. Pintu keluar berada berdekatan anda. Tekan saje suis komputer and matikan. Kepada yang maju sedikit menggunakan laptop, lipat sahaje komputer riba anda wa cakap lu!

Sambungan.
Tapi memang dah lumrah manusia macam tu, tak bersabar. Lihat saje sekarang. Manusia terburu buru dengan agenda masing masing. Sibuk menguruskan urusan yang patut diuruskan. Ada juga sibuk mengejar sesuatu yang tak pasti. Ade jugak manusia yang tidak kesah untuk mengejar mase seperti tiada benda yang patut dilakukan selain memblogging. *batuktigekali terase pulak cik puan yang tengah menaip ni ha. Hahahaha ;D

Hari hari kita cuba bersabar. Sabar menerima segala ketentuan Illahi. Tidak mustahil jika ade di antara kite yang mempersoalkan takdir yang telah ditetapkan. Tak dapat menerima kesenangan dan kehebatan orang lain. Selalu je membanding bandingkan takdir diri sendiri dengan orang lain.

Dengan sifat sabar, orang yang mempersoalkan takdir mereka dapat menempuhi dengan tabah dan cekal dan dapat melihat dengan baik udang di sebalik spaghetti. Jika seseorang itu tidak mengamalkan konsep bersabar, udang galah dalam pinggan spaghetti sendiri pun tak nampak tapi anak udang dalam pinggan orang sebelah pulak dia nampak walaupun dah kene cover dengan daun salad. Ish ish ish.

Kan best kalau saye boleh bersabar selalu. Senyum je kalau orang potong barisan nak beli popcorn, orang tumpahkan air kat atas kerja yang baru siap, siap senyum macam mcd lagi. Tapi saye tau itu amatlah sukar bagi saye. Ade hadis mengatakan, “orang yang kuat bukanlah mereka yang berani semasa berperang tetapi prang yang kuat adalah mereka yang berjaya menahan perasaan marahnya”. Maafkan saya kalau struktur hadis itu tidak betul tetapi begitulah maksudnye.

Namun begitu kite manusia biase yang punyai tahap kesabaran dan limit yang berbeza beza mengikut hati masing masing. Saye tahu, setiap kali saye marah setiap kali itulah syaitan dan iblis bersorak kegirangan seperti kanak kanak rebina yang baru dapat gule gule dari abang dan kakaknya. Tak kire ape yang kite buat trylah untuk bersabar. Selagi perkare itu tidak boleh membawa kepade kebinasaan kepade diri sendiri.

AL MAKLUMLAH, manusiekan pentingkan diri sendiri =)

Ape ape pun hargailah kelebihan diri anda sendiri. Kerana diri anda begitu berharga HAHAHA. Okay semua, kita sudah selamat mendarat. apa macam macha? Apa rasa? Haha. Btw, saye lapar ni tak makan lagi =P

No comments:

Post a Comment