December 31, 2008

Mimpi Dapat 6A Rupa-rupanya 9A!


ape pasal la pulak gambar netball ni? haha.

ini kisah benar. haha. kalau kisah benar sekali pun buat ape saye nak post entry pasal orang tu kan :P saye saje-saje nak post sebab dia kawan saye! wey wey, hanies masuk paper la weyy :D wahahahaha :]

ini dipetik dari Surat Khabar Utusan Malaysia pada tarikh 31 Disember 2008 :) bacelah.

------------------------------------------------------------------------------

KOTA KINABALU 30 Dis. - Anak kepada pegawai pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, Hanies Yuhana Othman, tidak menyangka berjaya mencatat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), selepas bermimpi hanya mendapat 6A malam tadi.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia amat terkejut apabila melihat slip keputusannya yang mencatatkan gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Beliau mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Ekonomi Rumah Tangga, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.

"Saya sangat terkejut dan tidak sangka dapat 9A sebab malam tadi saya mimpi hanya dapat 6A," katanya ketika ditemui di Sekolah Maktab Sabah di sini hari ini.

Beliau yang bercita-cita menjadi akauntan memberitahu tumpuan penuh semasa guru mengajar dan melakukan perbincangan bersama rakan banyak membantunya mencatat keputusan yang baik dalam pelajaran.

Dalam pada itu, Norsyazwani Jamaludin yang turut mendapat 9A berkata, dia sentiasa mengamalkan belajar sehingga lewat malam dan selepas Subuh.

Dia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar kanak-kanak juga sentiasa berdoa memohon kejayaan daripada Allah.
ok, itu sahaje artikel nye. kat dalam paper ade keluar muke HANIES. front page tu. cayalah lah lu kawan. kirenye, hanies lah best student PMR MAKTAB SABAH untuk tahun 2008 :] daily express pulak ade muke kitorang! HAHAHA. *yeke name paper tu camgitu? :P
tahniah hanies, tahniah! saye bangge untuk awak * senyum belagak :P hahahaha.

PS// dapat tak cari gambar hanies kat atas? ade gambar saye je? huahuahuahuahua. nah, tengok kat bawah ni.
hanies yg belah kanan. belah kiri hani :D

uik uik, i stole your both punye gambar without permission :P



No comments:

Post a Comment