August 29, 2008

Lagu-Lagu Patriotik bebeh :D


Hari Kemerdekaan Malaysia untuk kali yg ke-51 akan tiba ni . jadi , ape lah salahnye kalau kite berpatriotik skali sekala. kalau selalu pun boleh , takde salah nye :) kat bawah ni ade saye letak beberape lagu untuk pengunjung blog saye nyanyi2. yelah, mungkin ade yg ingat melodi & tak ingat lirik , so saye tolong la kan :D kalau tak ingat melodi tapi ingat lirik . tu kes besar sikit sebab saye hanye menyediakan lirik lagu2 patriotik , molodinye takdek. senang2, nyanyi je lah ikut kate hati anda , bukan nye payah beno :P



Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara

Megah menyusur di jalan raya



Alam siber teknologi terkini

Kejayaan semakin hampiri

Biar di kota ataupun desa

Kita semua pasti merasa bangga



Keranamu kami mendakap tuah

Keranamu kami bangsa berjaya

Keranamu kami hidup selesa

Limpah budi kemakmuran negara




Keranamu kami bebas merdeka

Keranamu myawa dipertaruhkan

Keranamu rela kami berjuang

Demi bangsa kedaulatan negara




( ulang dari mula )



Keranamu Negara Malaysia

Malaysia...

Terima kasih Malaysia !


31 Ogos

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !

Tetaplah merdeka

Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh

Hari yang mulia

Hari bahagia

Sambut dengan jiwa yang merdeka




Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka

Merdeka !




Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh

Hari mulia negaraku merdeka


Merdeka Merdeka Merdeka Merdeka !




Wawasan 2020


Bendera berkibar di angkasa

Lambang negara jaya

Rakyat sepakat sehati sejiwa

Dengan berbakti dengan megah


Hadapi cabaran masa muka

Penuh tenaga murni

Bakti dicurah sehara-sehala

Dengan wawasan yang suci




Wawasan meningkat kemajuan

Tiada lagi kepincangan

Kemewahan rasa-dirasai

Bersama kita nikmati




Wawasan 2020

Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan

Bersama kita jayakan




Jalur Gemilang



Merahmu bara semangat waja

Putihmu bersih budi pekerti

Kuning berdaulat payung negara

Biru perpaduan kami semua




Puncak dunia telah kau tawan

Lautan luas telah kau redah

Membawa semangat jiwa merdeka

Semarak jaya kami warganya




Empat belas melintang jalurnya

Semua negeri dalam Malaysia

Satu suara satu semangat

Itu sumpah warga berdaulat




Jalur gemilang... di bawah naunganmu

Jalur gemilang... kami semua bersatu

Perpaduan ketaatan

Amalan murni rakyat Malaysia




Jalur gemilang... megah kami terasa

Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan

Merah putih biru kuning

Jalur semangat kami semua




Berkibarlah

Berkibarlah

Berkibarlah

Jalur gemilang!




Warisan



Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Disini tersemai cita cita

Bercambah menjadi warisan




( korus )

Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Kemana harusku bawakan

Kemana harusku semaikan cinta ini




Betapa

Dibumi ini ku melangkah

Keutara selatan timur dan barat

Ku jejaki




Aku

Bukanlah seorang perwira

Gagah menjunjung senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini




( ulang korus )




Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan




Malaysia Tercinta


Tanah air tercinta

Ibu Pertiwi warisan bangsa

Negaraku Malaysia bebas merdeka

Lambang keamanan dan kemakmuran


Bertekap dan berbakti

Semangat waja gigih berusaha

Sehati dan sejiwa

Rakyat berbilang bangsa

Menuju ke arah satu cita




Keluhan resah

Tiada main di jiwa

Semuanya bergantiukan ceria

Zaman gerhana jauh sudah

Ditinggalkan




Malaysia tanah tercinta

Budimu tinggi nilainya

Kami menerima jasamu

Tak terbalas walau bergalang nyawa

Demi mu tetapku relakan




Malaysia tercinta

Tanah bertuah

Jasa dan budi

Tetapku sanjung tinggi

Tetapku sanjung tinggi




Setangkai Mawar



Harum wangi dan bersinar

Setangkai mawar dijambangan

Dipuja-puja dalam jambangan

Idaman rindu sang kumbang




Tetap teguhnya ditangkai

Melambai ditiup sang bayu

Tak gugur bunga jangan dicapai

Indahnya menjadi ilhamku




Berjiwa suci dan beramal damai

Itulah ajaran yang benar

Aman dan tenang hidup yang permai

Dikeliling setangkai mawar




Tetap teguh hidup kita

Sebati membela negara

Dijunjung tinggi dipuja-puja

Harapan kita di Malaysia




Malaysia Berjaya


Malaysia kita sudah berjaya

Aman makmur bahagia

Malaysia abadi selamanya

Berjaya dan berjaya




Berbagai kaum sudah berikrar

Menuju cita-cita

Satu bangsa satu negara

Malaysia berjaya




Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka

Negara makmur rakyat mewah

Kita sudah berjaya

Dengan semboyan kita berjaya

Menuju di angkasa

Satu bangsa satu negara

Malaysia berjaya



Sejahtera Malaysia



Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga

Kedamaian kemakmuran

Malaysiaku bahagia



Dengan tekad untuk berjaya

Berbakti pada nusa dan bangsa

Kami junjung cita-cita luhur

Perpaduan seluruh negeri

( korus )



Seia sekata sehati sejiwa

Menghadapi cabaran

Kami sedia kami setia

Berkorban untuk negara



Bersemarak Malaysia tercinta

Kibarkan panji kebesarannya

Kami rela menjaga namamu

Sejahtera Malaysia



selamat menyanyi saye ucapakan ! :D

No comments:

Post a Comment