July 15, 2008

Petua berguna


kali ini ,
saye nak kongsikan sedikit petua petua dengan semua pengunjung blog saye :)
mane la tau ,
kut kut petua - petua ni membantu anda menjalan hidup
supaya hidup lebih bermakna kan :D
kiki .


diantara petua-petua yg boleh saye kongsikan dengan anda semua :]

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya - Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata - Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik :)

Mengempiskan perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . - Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) - Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Mengelak rambut gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. - Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. - Perap ramuan di atas kepala selama sejam. - Lakukan 2 kali seminggu. - Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Halau tikus
letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. InsyaAllah, tikus tidak akan datang lagi

Hancur Batu Karang
Dapat 1 kaki tebu hitam ( Bukan daun hijau ) dan 1 biji timun. Perah air tebu dan campurkan dengan timun yang dikisar dengan blender. minum campuran tersebut. Baca selawat 3x insyaallah batu karang hancur ( 1 ~ 2 jam )

Untuk menerangkan mata yang kabur
Dapatkan teras pokok mambu yang agak tua.( yang berwarna putih )kemudian masuk ke periuk tanah + air dan masak sehingga mendidih. Amalkan dengan minum pada sebelah pagi dan petang. Selamat mencuba

Ubat telinga bernanah
Telinga bernanah adalah penyakit biasa yang dialami oleh budak2 dikampung2.Penyakit ni kalau tak cepat dirawat boleh menyebabkan gangguan pendengaran. caranya ambil sepotong daun lidah jin hijau, bakar hingga kulit luarnya agak hangus, picit hingga keluar airnya dan air ni dititiskan kedalam telinga pagi dan malam, insyaallah mujarab.

Menghilangkan kedut di wajah
lulurkan putih telur dimuka, biarkan sehingga kering. cuci muka dengan air cucian beras. kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. selamat mencuba

Menghilangkan kelimumur
Ambil santan kelapa, campur sedikit garam, lumur kat kepala dan bungkus kepala dengan tuala selama 5 minit. lepas tu bilas, amalkan 2 kali seminggu.

Ubat sakit gigi
ambil getah pokok kemboja kemudian bubuh ke lubang tempat gigi rasa sakit, begitu juga ubat bagi gusi bengkak, bubuhnya di tempat yang bengkak itu.

Hilangkan jerawat di muka

Rendam sehelai daun sirih di didalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai, tunggu hingga sejuk dan daun telah layu. Selawat 3kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan biarkan hingga kering sendiri. anda akan rasa muka anda bersih dan segar. Amalkan insyaAllah berkesan

Melegakan selsema pada kanak-kanak
Tumbuk kunyit hingga hancur, perah dapatkan airnya, sapu kepada tengah-tengah dahi hingga batang hidung

Hilangkan bau badan
Lumurkan daun sirih muda ke bahagian badan yang berbau semasa mandi.Bagi wanita elok daun sirih itu direbus dan dibuat air mandian.

Pening kepala
Potong sebiji buah peria katak dan rebus dengan air sehingga mendidih. Minum air tersebut 2 kali sehari.

Menghilangkan keletihan / kelesuan
Perah limau nipis ke dalam baldi dan campurkan garam kasar dan lada hitam. biarkan seketika untuk dibuat air mandian. Selawat 3X dan jirus air mula dari kaki ke kepala. Insyaallah segala keletihan, kelesuan akan hilang.

Melangsingkan badan
1 sudu serbuk kayu manis n 1 sudu madu lebah di bancuh dgn air suam dan minum tiap2 pagi sebelum sarapan.

Kilatkan kuku
ambil towel kemudian letak ubat gigi pada towel dan gosok pada kuku sehingga berkilat:)

Menghilangkan parut @ luka
ambil isi@cecair tesebut dan sapukan pada bahagin yang tersebut...ulanginya sekerap yang mungkin...insyallah ada perbezaan.

Elakkan sembelit
jika anda sembelit , makanlah pisang atau buah seangkatan dengannya , insya-Allah anda akan merasa perubahan dalam masa beberapa minit .

Muka berminyak
campurkan susu pekat manis ngan air dan rebus sehingga mendidih.lepas tu sejukkan dan sapu ke muka..biar 20 minit. cuci semula. anda akan lihat dalam 3 hari muka anda kurang berminyak..cubalah , InsyaAllah



petua petua ni di atas tu kan ,
kut kut la ade yang bekenan di hati kan ,
tak salah kalau anda nak try .
try la ,
selamat mecuba & nikmatilaa hasilnya nanti ,
InsyaAllah :D

No comments:

Post a Comment