July 13, 2008

Penyerahan Sijil Kemajuan Pelajar

5 Julai 2008 :)

Kepada
ibubapa / penjaga murid
Maktab Sabah
Kota Kinabalu

YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan

PENYERAHAN SIJIL KEMAJUAN MURID MAKTAB SABAH 2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. sukacita dimaklumkan bahawa penyerahan Sijil Kemajuan murid bagi peperiksaan pertengahan tahun 2008 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 05 Julai 2008 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : kelas masing-masing

3. kehadiran YBhg Datuk / Datin / Tuan / Puan adalah amat diharapkan bagi membincangkan prestasi anak sepanjang semester pertama persekolahan tahun 2008.

4. Kerjasama yang diberikan dalam hal ini amat dihargai .

Sekian, harap maklum :)

'' BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ''

hehe .

ini lah serba sedikit surat pemberitahuan hari report card yang perlu diberikan oleh pelajar-pelajar perdana Maktab Sabah kepada ibu bapa terchenta :)

harini , sabtu 5 julai 2008 saye TERPAKSA ke sekolah . tapi , kali ni bukan ayah saye drop kan saye kat depan skolah tapi , ayah pun kene pegi sekolah gak nak ambik report card saye . ayah kene ambik keputusan saye time exam pertengahan tahun haritu , wewit :D sebenarnye duk dab duk dab ni sebab teacher tak bagitau pun result kitorang awal awal . nak buat suspen kut , kan ? :P tadi ingatkan nak pegi awal awal la ni , nak jadi orang pertama yg datang , hehe takde la org petama . saye naik naik je tangga tadi , dah nampak muka gooi dah , naik lagi nampak frances & jason . diorang pengawas so diorang kena datang betugas laa . kiki , bersedia berkhidmat untuk skolah betul dorang ni , hihi :D saye masuk dalam class time tu ade saf & syazlin je & kat luar matthew & daddy dia baru sampai :) result exam saye untuk kali ni , alhamdulillah :D :D


kesimpulannya , saye bersyukur dengan result saye tu . insyaALLAH , saye akan tingkatkan lagi untuk PMR nanti , wah semangat ni tauuu ! :D

No comments:

Post a Comment