July 12, 2008

Kacang & Nut

Pada suatu hari, Sham dan Cikgu Wati bertemu muka di kantin. Cikgu Wati bertanya pada Sham sama ada dia mampu atau tidak semasa menjawab soalan peperiksaan.

Cikgu: Sham, bolehkah kamu menjawab soalan bahasa Melayu?

Sham: Kacang aje, cikgu.

Cikgu: Bagaimana pula dengan bahasa Inggeris?

Sham: Kacang aje, cikgu.

Cikgu:Bagaimana pula dengan mata pelajaran lain, adakah kamu boleh jawab jugak?

Sham: Kacang juga,cikgu.

Cikgu:Kalau begitu, sudah tentu kamu akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti!

Sham: Insya-Allah cikgu sebab semasa saya menjawab soalan peperiksaan, saya selalu makan kacang...cikgu.

Cikgu: La...loyar buruk pulak budak ni!

Sham: Aik cikgu....macam mane cikgu tau cita2 saya nak jadi loyar(lawyer)?

Cikgu: (dengan perasaan marah pergi meninggalkan tempat itu)

:D :D

No comments:

Post a Comment